Wednesday, September 10, 2008

Kelisa








Ikan Kelisa adalah merupakan haiwan peliharaan yang mudah dipelihara dan banyak bergantung kepada nasib atau tangan seseorang individu yang memeliharanya.





Kadang-kadang seorang itu tidak perlu menukar air nya setiap bulan atau setiap minggu, tetapi hanya memastikan keadaan air tersebut masih elok dan tidak berbau.





Jikalau dari segi makanannya, ikan kelisa memang memilih makan, ikan kelisa tidak suka makan makanan yang kering ataupun sudah mati seperti anak ikan yang sudah mati, ikan kelisa akan hanya menangkap anak ikan yang masih hidup yang berenang-berenang di dalam aquarium.





Ikan kelisa juga suka makan serangga terutamanya lipas, cengkerik, beringing, lipan dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Cicak juga merupakan makanan kegemaran kelisa.





Seperti yang kita sedia maklum bahawa ikan kelisa mempunyai banyak gred dan harganya bergantung kepada gred. Gred yang paling berharga adalah kelisa merah (Red Arowana) yang ditangkap di Malaysia.