Friday, February 20, 2009

Akhlak para pelajar kita susah nak cakap...............

Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras


Apabila saya membaca my metro hari ini (20 Februari 2009) terpaparlah imej seorang budak yang koma akibat perbuatan sekumpulan budak sekolah dan kawe amat terkejut dengan insiden sebegini. Dikatakan punca adalah disebabkan berebut awek je.... tak senonoh langsung pasal awek sanggup nak membunuh.....
Pagi tadi juga, apabila saya menonton Buletin Pagi TV3, juga memaparkan kisah pelajar sekolah melontar bom petrol ke arah kenderaan guru displin akibat tidak puas hati dengan hukuman rotan yang diberikan oleh guru tersebut. Ini lagi kes niaya... pasal kena hukum hingga sanggup melakukan perbuatan ala mafia ke atas guru kita yang mengajar dan mendidik kita hingga menjadi orang yang berguna pada bangsa dan agama... kalaulah ramai sikap para pelajar kita sebegini..... saya rasa para guru akan takut turun ke sekolah lagi....para guru juga akan takut menegur para pelajar yang mempunyai masalah displin yang teruk..... dan kemungkinan masalah displin dan moral anak-anak kita semakin sukar dikawal dan teruk le.....
Dua isu di atas ini menunjukkan bahawa moral dan sikap anak-anak kita sudah melampau-lampau dan terlalu ekstrim dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepuasan diri masing-masing. Keruntuhan moral para pelajar kita hari ini bukannya salah sesiapa tetapi akibat keadaan sekelilingnya yang rapuh dengan ancaman dari ledakan maklumat yang sukar di kawal lagi....
Kebanjiran isu-isu berkaitan lucah, ganas, ekstrim, samseng politik, samseng sekolah, samseng jalanan, along, demontrasi jalanan, kes bunuh dan berbagai-bagai lagi akan menjadi inspirasi mereka apabila mereka membesar nanti........Tidak hairanlah kita, kemungkinan pada masa depan, kita akan mendengar kes para pelajar yang membawa senjata dan menembak di dalam kelas akan berlaku jika tiada apa-apa action selanjutnya....

Thursday, February 19, 2009

Tahniah MU kau menang lagi....

PEMAIN Manchester United, Michael Carrick (kiri) mencabar pemain Fulham, Clint Dempsey pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Manchester, awal pagi tadi. MU menang 3-0. - Reuters

Kandid Kamera sempena Majlis Pelancaran Hub Halal Tanjung Manis yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 18 Februari 2009@ 1600


Para jemputan sedang menunggu ketibaan PM

Sabar jak dolok.... sik sabar nak nanggar PM tok... pas ya pulang...................

ribuan jemputan bersabar menanti ketibaan PM



mun pulang tok lagik best...........................................

Relak jak pok..... sik lamak agik PM datang bro..................

adakah.... express balit ke Sarikei tok... semua dah dibook oleh dak Pusaka...............

Jangat berebut oi..... kelak guguk dalam air........................

Ratu-ratu sedang relak untuk ke Tanjung Manis.....................

Lamak nar juak tok......................................................................

Perdana Menteri bersalaman dengan para jemputan........


Perdana Menteri di sambut dengan meriah.......................

Para jemputan sedang menunggu ketibaan PM............

Para jemputan dari Sarikei menaiki bot ekpress ke Tanjung Manis...............

Orang ramai sedang menaiki ekpress menuju ke Tanjung Manis bagi menyaksikan Majlis Pelancaran HUB Halal oleh YAB PM

Tuesday, February 17, 2009

Ular Besar...

Ini adalah mms yang dihantar oleh kawan saya yang kebetulan bekerja di Belaga. Imej yang dipaparkan adalah merupakan seekor ular besar sedang berenang-renang di dalam sungai tersebut. Ular tersebut dikatakan sebesar tong dram dan imej ini di ambil di atas helicopter...

Cuba anda bayangkan.... jika ular ini benar-benar ujud apa akan terjadi....

Monday, February 16, 2009

Peugeot 407 Baru


DUA model memperagakan Peugeot 407 baru pada majlis pelancaran kereta itu di Shah Alam, kelmarin.
(Sumber: Utusan Malaysia Online 16 Februari 2009)


Bukannya apa nak tunjukkan model kereta peugeot 407 baru..... tetapi rasa jeles melihat awek yang cun melecun lepak di kereta baru ya................

Kalaulah..... memandu kereta ya........ camner rasanya.........................

PM datai ke Tanjung Manis


Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bersama YAB Phin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan ke Tanjung Manis pada 18 Februari 2009 @ jam 2 petang........
Pengangkutan dari Sarikei akan disediakan mulai jam 1130 pagi di Wharf Terminal 2, Sarikei
Beliau akan melancarkan "Hub Halal" tanjung manis.......................
Turut hadir bersama YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak......
Antara Aturcara pada majlis tersebut adalah seperti berikut:-
- Tayangan Video Hub Halal Tanjung Manis
- Majlis Pelancaran Hub Halal Tanjung Manis
- Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah dan "License to Occupy" di antara PUSAKA dan Pelabur Hub Halal Tanjung Manis..
- Penyampaian Cenderamata oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepda YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
- Lawatan ke Tapak Pameran

Friday, February 13, 2009

Datuk David Arumugam

Sultan Ahmad Shah menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk kepada David Arumugam di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali


(Sumber: Utusan Malaysia Online 13 Februari 2009)

Wednesday, February 11, 2009

Tarif Elektrik turun ...... yahoo yabedabedu.......................


Datuk Shaziman Abu Mansor

Tarif elektrik diturunkan sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersil dan industri pula masing-masing mengalami penurunan sebanyak 2.7 peratus and lima peratus.

(Sumber: Utusan Malaysia Online 11 Februari 2009)


Dengan penurunan ini pengguna khasnya rakyat Malaysia akan berasa lega. Mereka terus memuji langkah kerajaan yang sangat prihatin terhadap rakyatnya dalam menempuh kelembapan ekonomi dunia sekarang.

Letrik adalah merupakan bekalan tenaga yang memang diperlukan oleh semua dan penurunan ini akan meringankan bebanan rakyat dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan di bawah Barisan Nasional sememenangnya sebuah kerajaan yang kukuh dan mesra rakyat dan seharusnya kita sokong sepenuh hati tanpa prasangka dan prejudis.

Sambutan Chop Goh Meh di Sarikei meriah...........













Menteri Sarawak yang perihatin.........

Prihatin........ YB Awang Tengah sedang melawat orang sakit.................

Tuesday, February 10, 2009

Janganlah kita derhaka............... buruk padahnya...........


LEBIH 5,000 orang berhimpun untuk melaungkan sokongan terhadap Sultan Perak di padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh semalam.– UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD NOR



(Sumber: Utusan Online 10 Februari 2009)

Monday, February 09, 2009

AL-FATIHAH


Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum (gambar kecil) yang meninggal dunia dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Batu Gajah untuk dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh dekat Ipoh, hari ini. - Foto Ikhwan Munir.


(sumber: Berita Harian Online 9 Februari 2009)

MU rampas kedudukan Pendahulu Liga Perdana

PEMAIN Manchester United, Dimitar Berbatov (kanan) diasak pemain tengah West Ham, Scott Parker pada perlawanan LIga Perdana England di Upton Park, London, awal pagi tadi. United menang 1-0. – AFP
Ryan Giggs membantu Manchester United merampas kembali kedudukan pendahulu bola sepak Liga Perdana England (EPL) apabila jaringan tunggalnya membantu pasukan itu menundukkan West Ham 1-0, semalam.




(Sumber: Utusan Malaysia Online 9 Februari 2009)

Mesyuarat Sambutan Perayaan Keagamaan Sarikei......


Pegawai Daerah sedanga mempengerusikan mesyuarat


Ahli-ahi mesyuarat sedang mendengar penerangan daripada pengerusi Mesyuarat

Ketua-ketua kaum yang turut hadir..............


pengerusi belum datang lagi.............................

Mesyuarat sambutan perayaan keagamaan telah bermula pada hari ini bertempat di bilik mesyuarat Pejabat daerah sarikei....
Pegawai daerah Sarikei, Encik Abang Mohd Forkan bin Abg Budiman telah menpegerusiakan mesyuarat tersebut.
Ketua-ketua Jabatan, Persatuan, ketua-ketua kaum, parti politik dan NGOs telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut;
Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
Tilawah Peringkat Bahagian Sarikei pada 10 - 11 Mac 2009
Tilawah Peringkat Daerah Sarikei pada 5 - 6 Mac 2009
Pertandingan Bacaan Rawi dan Hafazan pada 7 - 8 Mac 2009
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sarikei pada 9 Mac 2009

Sunday, February 08, 2009

Rahsia Bilik Gelap



Dua bilik yang setiap satu berukuran 3 x 5 meter, cuma dilengkapi sofa panjang dan lampu suram. Namun dua bilik itu menjadi tarikan utama sebuah pusat karaoke di sekitar Kuala Lumpur kerana ia disediakan khusus untuk pelanggannya melakukan hubungan seks dengan GRO.

(Sumber : My Metro 8 Februari 2009)

Taman Tasik Sarikei..... tempat yang menarik untuk beriadah...

















Taman Tasik Sarikei memang sudah popular di kalangan penduduk-penduduk di Sarikei. Keindahan tempat dan pemandangan yang menyejukkan mata memandang menyebabkan ianya sesuai untuk merelakkan badan dan minda. Setiap petang orang ramai akan berkunjung tempat ini untuk berjoging, bersiar-siar dan juga menjamu selera. Bagi golongan ibubapa, mereka suka membawa anak-anak mereka ke sini kerana banyak kemudahan pemainan kanak-kanak disediakan. Di samping itu juga, kolam ditempat ini juga menarik, ramai pengunjung akan memberi ikan makan di kolam tersebut. Datang lah beramai-ramai ke taman ini, pasti tidak mengecewakan anda......................