Tuesday, December 30, 2008

AMBANG 2009

Pada tahun ini Sarikei akan mengadakan majlis penghargaan dan sambutan ambang 2009 yang akan diadakan di hadapan rumah maksak Sarikei.

Majlis ini akan diadakan pada 31 Disember 2008 jam 1000 malam. Para jemputan akan hadir mulai jam 10.00 malam hingga jam 1 pagi.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir adalah Tuan Residen Sarikei dan ketua-ketua Jabatan Sarikei serta ahli-ahli maksak Sarikei.

Tujuan diadakan di tempat tersebut adalah untuk memberi sinar baru kepada rumah maksak sarikei yang telah kian lama tidak diraikan.

Berbagai aturcara telah diatur bagi mengisi program tersebut seperti persembahan Karoake, hiburan dan berbagai lagi.

Di samping itu, bagi menahan jemputan dari balik awal, pihak penganjur ada menyediakan cabutan tiket bertuah

Hadiah terdiri daripada barang elektrik seperti kipas angin meja, periuk elektrik dan macam-macam lagi.

Hadiah tidak boleh dituntut oleh penama lain dan jika penama itu tiada maka hadiah akan diberi kepada penama yang bertuah yang lain