Tuesday, February 03, 2009

KANDID KAMERA DI PEJABAT.........


Relak lok... baca newspaper.........


Bila gik nak siap kejo tok..........

Menunggu kawan nak kluar minum...........


posing gile habis.........


Sedang membuat keja...........


pande malu ndah..............




FAKTA LINTAH (Konon ada minat....... nak nginang... mencobo.... tapi gelik dengan lintah......)







Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.
Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

Biologi Lintah
Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

Fakta Lintah
terdapat 650 spesis lintah
lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang

BENCANA ALAM MASIH MELANDA SARAWAK.........






Fenomena banjir pertama yang melanda sekitar tempat di Sarawak..................



Fenomena tanah runtuh di Sarawak..................



Banjir masih melanda beberapa kawasan di negeri ini khasnya kawasan rendah di bahagian Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah dengan jumlah mangsa yang terlibat ialah 1,035 penduduk daripada 234 keluarga.


Bahagian Kuching dan Samarahan, bahagian lain khasnya yang terletak di utara Sarawak masih lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan angin monsun Timur Laut masih lagi bertiup ke Sarawak (Sumber: Utusan Sarawak 3 Februri 2009).


Fenomena banjir ini memang jarang berlaku di Sarawak tetapi semenjak dua menjak kita lihat Sarawak telah mengalaminya.


Bukan banjir saja, tanah runtuh juga telah berlaku di Sarawak terutamanya di kawasan utara Sarawak seperti di Miri.


Kalau dulu-dulu jarang kita mendengar cerita banjir dan tanah runtuh yang teruk berlaku di Sarawak tetapi sekarang sudah ada.

Apakah yang menyebabkannya???????????


Pembangunan semakin pesat berlaku di Sarawak terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuching, Miri dan Sibu.


Kerakusan untuk mengejar pembangunan fizikal telah melupakan khazanah alam yang perlu kita jaga dan nikmati hingga menyebabkan keadaan asal bentuk muka bumi telah berubah.


Sarawak memang terkenal dengan sungai-sungainya. Sungai-sungainya memang cantik dan bersih dan jika difikirkan proses pengaliran air limpahan hujan mungkin berjalan mengikut hukum alam.


Tetapi sekarang, dengan taburan hujan yang agak tinggi dan kedudukan air pasang besar di Sarawak, sungai-sungai Sarawak seolah tidak mampu lagi untuk mengalir air-air tersebut.

Persoalan ini haruslah kita fikirkan demi generasi akan datang, bukannya kita tidak suka dengan pembangunan tetapi biarlah pembangunan itu memberi faedah kepada anak-anak cucu kita. Pembangunan mampan lah........


Sarawak boleh..........

DR SOON CHOON TECK LETAK JAWATAN SEBAGAI PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI PARTI SUPP SARAWAK



Dr Soon Choon Teck


YB Datuk Dr. Soon Choon Teck, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Parti SUPP pada 24 Januari 2009 di Sibu. Walau bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti itu.
Tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang wajar untuk memberi ruang kepada ahli-ahli lain menerajui kepimpinan parti SUPP agar lebih mantap lagi.
Ahli-ahli dalam parti seharusnya diberi peluang untuk memimpin parti agar tidak timbul rasa tidak puas hati dikalangan ahli parti.
Imej parti akan lebih terjaga berikutan ada dikalangan pemimpin mereka sanggup melepaskan jawatan demi kepentingan parti dan juga negara amnya.
Kepimpinan tertinggi parti SUPP harus melihat ini sebagai satu tindakan positif dan bukannya sebagai perkara yang boleh menjatuhkan parti tetapi sebaliknya sebagai satu perubahan yang baik dalam parti untuk membentuk aura baru dalam parti yang selama ini agak goyah.
Rakyat Sarawak khasnya masyarakat cina beranggapan bahawa ini adalah merupakan gelombang politik baru bagi parti SUPP untuk menerima perubahan kesan daripada pilihanraya yang lepas.
Secara kesimpulannya, kekuatan sesuatu parti adalah disebabkan perpaduan yang jitu di dalam parti dan suara ahli parti diangkat untuk mencapai satu keputusan bagi sesebuah Parti Politik Sarawak.

DR GEORGE CHAN AKAN BERUNDUR



Dr George Chan

YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr.George Chan telah mengumumkan tidak berhasrat untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN N63 Piasau ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat parti SUPP baru-baru ini.

Beliau juga memberitahu setakat ini beberapa pemimpin muda telah dikenalpasti untuk menggantikan tempat beliau sebagai ADUN Piasau pada pilihanraya negeri akan datang

Sikap sebegini haruslah ditauladani oleh pemimpin-pemimpin lain dalam parti politik agar orang lain dapat turut serta menyumbang idea dalam parti demi kesejahteraan negara dan parti amnya.

Hasrat sebegini membuka dimensi baru dalam Politik Sarawak khasnya parti SUPP agar lebih aktif dan disegani oleh parti-parti lain dalam komponen BN Sarawak.

Era sekarang memang memerlukan seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat dan sensitif terhadap isu-isu semasa dan dapat mengatasinya dengan segera tanpa menjejaskan individu-individu lain.
Semangat yang ditonjolkan oleh pemimpin SUPP ini haruslah dijadikan batu loncatan kepada generasi baru untuk sama-sama memajukan SUPPdemi kemakmuran dan kesejahteraan BN di Sarawak.
Kita tidak mahu krisis dalaman parti SUPP boleh menjejaskan prestasi BN Sarawak pada pilihanraya yang akan datang dan berharap keputusan ini akan memantapkan lagi jentera BN di peringkat akar umbi.