Tuesday, February 03, 2009

DR SOON CHOON TECK LETAK JAWATAN SEBAGAI PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI PARTI SUPP SARAWAK



Dr Soon Choon Teck


YB Datuk Dr. Soon Choon Teck, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Parti SUPP pada 24 Januari 2009 di Sibu. Walau bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Parti itu.
Tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang wajar untuk memberi ruang kepada ahli-ahli lain menerajui kepimpinan parti SUPP agar lebih mantap lagi.
Ahli-ahli dalam parti seharusnya diberi peluang untuk memimpin parti agar tidak timbul rasa tidak puas hati dikalangan ahli parti.
Imej parti akan lebih terjaga berikutan ada dikalangan pemimpin mereka sanggup melepaskan jawatan demi kepentingan parti dan juga negara amnya.
Kepimpinan tertinggi parti SUPP harus melihat ini sebagai satu tindakan positif dan bukannya sebagai perkara yang boleh menjatuhkan parti tetapi sebaliknya sebagai satu perubahan yang baik dalam parti untuk membentuk aura baru dalam parti yang selama ini agak goyah.
Rakyat Sarawak khasnya masyarakat cina beranggapan bahawa ini adalah merupakan gelombang politik baru bagi parti SUPP untuk menerima perubahan kesan daripada pilihanraya yang lepas.
Secara kesimpulannya, kekuatan sesuatu parti adalah disebabkan perpaduan yang jitu di dalam parti dan suara ahli parti diangkat untuk mencapai satu keputusan bagi sesebuah Parti Politik Sarawak.

No comments: