Saturday, May 08, 2010

Kereta Ketua Polis Selangor dijumpai


ANGGOTA forensik melakukan pemeriksaan cap jari pada kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu dan berjaya ditemui semula di sekitar Prima Damansara pada jam 8.45 pagi tadi. Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan tersebut.
May 8, 2010 6:22 pm

Pengumuman Penamaan Calon P212 Sibu


PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Wong Seng Meng mengumumkan calon yang disahkan bertanding iaitu (dari kiri) Narawi Haron (Bebas), Robert Lau Hui Yew (BN) dan Wong Ho Leng (DAP) di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen P.212 Sibu di Dewan Suarah, hari ini. - Foto Nik Hariff Nik Hasan
May 8, 2010 6:23 pm

Penamaan Calon P212 Sibu


CALON Barisan Nasional (BN) dan DAP berarak masuk ke pusat pencalonan bersama penyokong dan pemimpin tertinggi dari parti masing-masing menuju ke Dewan Suarah Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 8, 2010 6:24 pm