Tuesday, October 23, 2012

Malaysia pertahan Islam agama rasmi

Kuala Lumpur: Malaysia tidak pernah diisytiharkan negara sekular, sebaliknya memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kedudukan itu berbeza dengan Amerika Syarikat, India dan Turki yang jelas memperuntukkan dalam Perlembagaan mereka sebagai negara sekular. Katanya, kedudukan Islam yang istimewa berbanding agama lain turut diiktiraf dalam kes yang sudah diputuskan di mahkamah tertinggi negara, seperti dalam kes Lina Joy dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (2007) dan kes Che Omar Che Soh dengan Pendakwa Raya (1988). Undang-undang sekular terus dipakai “Kerajaan juga menyedari dalam kes Che Omar Che Soh, Mahkamah Agung tidak pernah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara sekular, tetapi apa yang diputuskan adalah undang-undang sekular terus terpakai di Malaysia berdasarkan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan. “Sungguhpun begitu, didapati bahawa di bawah Perkara 162 (Perlembagaan Persekutuan), perkataan digunakan bagi merujuk kepada undang-undang digubal sebelum Hari Malaysia adalah undang-undang sedia ada (existing laws) dan bukan undang-undang sekular. “Berdasarkan kes Che Omar, jelas menunjukkan Malaysia tidak pernah diputus atau diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular,” katanya menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, semalam.

Tuesday, July 10, 2012

Adakah ianya slogan sahaja???

1 Malaysia, 1 Malaysia 1 Malaysia, adakah ini slogan semata-mata. Ya memang ianya slogan jikalau kita dan org lain hanya melaungkannya sahaja dan tidak mahu memahami atau sengaja tidak mahu memahaminya. Oleh itu, untuk menjadikan ianya berjaya, kita seharusnya bertindak mengikut prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni dalam gagasan 1 Malaysia.

Friday, July 06, 2012

Indeks Jenayah Tidak Meningkat – Polis Selangor

KUALA LUMPUR – Polis Selangor menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya indeks jenayah di Selangor meningkat dan menyifatkan dakwaan itu hanya satu gembar-gembur yang tidak benar. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, indeks Jenayah di negeri itu sebenarnya menunjukkan penurunan yang positif sejak tahun 2009. “Polis Selangor menyangkal dakwaan indeks jenayah meningkat dan pihak kami akan meneruskan usaha memerangi jenayah demi kesejahteraan masyarakat. “Usaha mengumpulkan risikan, menangkap dan mendakwa tetap dipertingkatkan dan setiap hari polis Selangor menjalankan penangkapan terhadap golongan yang melakukan jenayah, penyalahgunaan dadah, jenayah komersial dan lain-lain,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Tun Hisan seterusnya merujuk kepada 88,635 keahlian aplikasi MyDistress yang bertujuan memudahkan orang ramai menghubungi polis sekiaranya berlaku kes jenayah bagi mengambarkan usaha polis Selangor dalam memerangi jenayah. Menurut beliau, sehingga 4 Julai lalu sebanyak 146 tindakan telah dilaksanakan polis hasil daripada aplikasi tersebut membabitkan 63 tindakan berkaitan jenayah, kes trafik (empat), pengguna tertekan (73) dan panggilan cubaan (enam). Tambah beliau, polis turut mengambil inisiatif mewujudkan Ops Payung yang bertujuan bagi masyarakat merasai kehadiran polis terutama di kawasan yang mempunyai institusi kewangan. Jelas beliau, melalui operasi itu, anggota Ops Payung akan menjalankan rondaan berjalan kaki secara bergilir-gilir dengan kedudukan yang berubah-ubah dari satu tempat ke tempat yang lain di 330 lokasi di semua daerah. Selain itu, kata beliau, polis Selangor turut menjalankan rondaan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di 25 sekolah antarabangsa disamping melakukan rondaan di sekolah-sekolah tempatan.

Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan? Anisah, Bangi. Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut; 1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih. 2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut: “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir). 3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah). Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98). 4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: “Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522). Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh. 6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr). Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah: “Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz). 7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135). Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan. 8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut). 9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih. (drmaza.com)

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen

KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis. Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. – BERNAMA

Wednesday, May 23, 2012

RIDE LITE 91-27

Specifications Specifications Speeds 27 Sizes [44]-47-50-52-54-56-[59] cm Frame Ride Lite-Single Color Anthracite [White/Blue] Fork BC CF lite-S Taper Derailleur front Shimano Sora T Derailleur rear Shimano Sora-GS Shifters Shimano Sora Brake levers attached Brakes Shimano Sora Chainwheel Shimano R453 50-39-30 BB-Set Shimano ES25 Octalink Chain KMC X9 9s Hubs Shimano 2200 Rims Alex Race24 Freewheel Shimano CS-HG50-9 11-25 Spokes Black stainless-S Tires Vittoria Rubino 25 Handlebar FSA Vero Compact OS Stem Merida Pro OS Headset BC Comp Neck Seatpost Merida Pro 2 27.2 Saddle Merida Sport Pedals no

Allez Comp 105 Compact

Stiff, light, race-inspired Allez Comp offers great acceleration and handling—perfect for aspiring racers, or as a winter training bike for more accomplished veterans. 10-speed Shimano 105 group and upgraded wheels give this bike race-ready performance. Features Technical Specifications Geometry Race-inspired E5 smooth-welded, fully-manipulated alloy frame with tapered head tube and integrated headset is stiff, light, and fast Ultralight FACT carbon fork and stiff tapered steerer provides precise steering through the tightest turns Significantly lighter than comparable-level wheelsets, these tough new DT-Axis 2.0 hoops roll smooth and fast Shimano 105 compact crankset and STI shifters for efficient gearing and smooth, durable shifting performance New Tarmac Comp oversized aluminum bar is stiff and light for serious performance High-value Shimano 105 shifters are renowned for their precise action and great durability

NFC Saman Public Bank Berhad

Kerosakan yang tidak boleh diperbaiki disebabkan oleh perlanggaran keselamatan dan BAFIA oleh bank tersebut KUALA LUMPUR — National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta Pengerusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saman itu adalah bagi menuntut kerosakan yang dialami, yang tidak dapat dipampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Peguamcara yang mewakilli NFCorp menegaskan, perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah membolehkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan. Dalam saman mereka, peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum; dan akibat daripadanya, kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman bahaya. Selanjutnya, peguamcara NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan, disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak, apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga. Peguamcara NFCorp berkata, tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya. Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.” (NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) by public relations consulting firm – GRA Communications Sdn Bhd.)

Tuesday, May 22, 2012

Saya Tak Bertanding Dalam PRU-13, Tegas Wardina

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke 13 akan datang. Menurutnya, bukan saja tidak bertanding, dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana yang digembar-gemburkan. ” Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. ” Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini. Beliau turut mengulas bahawa jangan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan. Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang mengaitkan nama beliau secara semberono. Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya. Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya. Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya. Oleh: HARITS ASYRAF

Anwar, Azmin, Cikgu Bard Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard sebentar tadi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Tuduhan kerana bersubahat mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dibacakan satu persatu terhadap Anwar, Azmin dan Cikgu Bard manakala dakwaan kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dibacakan serentak ke atas ketiga-tiga individu berkenaan. Anwar mengaku tidak bersalah dan berkata, kes itu hanya membuang masa mahkamah. Azmin dan Cikgu Bard juga mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan berkenaan. Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 2 Julai depan. – Berita Harian Online

Isu Bunting Pelamin: Jangan Suka Buat Cerita Bukan-Bukan, Kata Fasha

Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah “projek” di luar negara sebelum ini. Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin’ baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya. “Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu? “Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. “Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.

Monday, May 21, 2012

BERSIH 3.0: Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok. Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara. Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912. Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in. Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar – Ibrahim Yaacob – mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang. “Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya,” katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini. Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3). “Kita akan jumpa mereka di mahkamah…,” tegas Ibrahim Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan. Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.

Abby Bukan Hendak Join PAS, Sekadar Kongsi Pengalaman

Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi mengesahkan bahawa kemunculannya di Abby memberi ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai parti itu. Melalui akaun twitter miliknya, Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak-pihak yang memusing cerita sebenar dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi. Abby menafikan pekara itu dengan sekeras-kerasnya. Sebalik, Abby menjelaskan, dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik.

Thursday, May 17, 2012

DUGAAN

Keamanan  dan kedamaian adalah merupakan harta yang paling berharga sekali jika dibandingkan dengan emas dan pertama. Patutkan segala usaha ini dimusnahkan oleh perasaan yang angkuh oleh segelintir masyarakat yang tamak kuasa.

Friday, April 20, 2012

Kekalkan Keamanan

Malaysia sememangnya aman dari dulu sehingga sekarang. Ini semuanya berkat keikhlasan pemimpin kita yang dulu hingga sekarang. Apa lagi kita mahu? Jangan libatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjejaskan keamanan negara kita. Kekalkan nya untuk ditinggalkan kepada anak cucu kita.

Thursday, April 19, 2012

Berilah Peluang

Di bawah pimpinan Najib Razak banyak perubahan dan pembangunan  telah dicanangkan dan dilaksanakan. Saya percaya pada PRU kali ini  BN akan mampu meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya memberi peluang kepada Najib untuk membangun Malaysia ke arah kegemilangan.

Friday, April 06, 2012

BRIM

Apakah pandangan anda tentang BRIM

BRIM adalah bantuan kerajaan untuk meringankan bebanan golongan yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Pemberian ini bukanlah sesuatu bantuan untuk mengabur mata rakyat tetapi pemberian yang ikhlas oleh kerajaan. Kerajaan sepatutnya membantu rakyat kerana tanpa rakyat kerajaan tidak ujud. Pihak yang membangkang sengaja menambah citer kononnya pemberian tersebut rasuah. Itu lah pandangan mereka, bagi rakyat mereka mengucapkan terima kasih kerana prihatin dengan masalah mereka.