Friday, February 04, 2011

Mesir terus bergolak


KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.

Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.

Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.

Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Dengan-klik.com

PENGENALAN

Dengan-klik.com adalah satu peluang menambah pendapatan secara sambi;lan Program ini dilancarkan pada 1hb Januari 2011 sebagai medium menambah pendapatan .Tujuan kami mewujudkan program ini adalah untuk membantu menambahkan lagi koleksi pendapatan anda.

Untuk makluman anda juga, mereka yang menyertai dengan-klik.com adalah mereka yang benar benar berminat dan mampu berusaha. Siapa yang pandai merebut peluang merekalah yang akan berada dalam program kami. Kami tidak mementingkan kuantiti ahli , tetapi kualiti ahli yang kami perlukan.

Tahniah kepada yang telah berjaya menjadi yang terawal dan sokongan anda adalah amat diperlukan. Diharap dengan penyertaan anda, sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan sampingan anda.

Akhir sekali, dengan sokongan anda dengan-klik.com akan terus berjaya di masa hadapan.



Ikhlas daripada :

Admin dengan-klik.com



http://www.dengan-klik.com/?id=AZILIA2009

Shabery turun padang di Ranau

KEMAMAN – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat untuk meninjau Kompleks Sukan Ranau di Sabah, ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di kompleks tersebut.

Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh Kementerian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.

“Saya difahamkan KOAM buat taklimat kepada Kementerian semuanya telah selesai... tetapi saya dengar laporan yang bercanggah, namun saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar.

“Oleh itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, semalam.

Beliau mengulas laporan berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau.

Ahmad Shabery berkata, sekiranya kemudahan di kompleks tersebut belum siap sepenuhnya, kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.

Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepenuhnya pada April ini. – Bernama

JKM belanja RM5.81 juta bantu mangsa banjir kali ini

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan RM5.81 juta setakat ini untuk menguruskan pusat pemindahan di empat negeri yang terlibat dengan banjir kali ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jumlah itu meliputi penyediaan bantuan makanan serta keperluan asas kepada mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

"Sepanjang tempoh kejadian banjir kali ini, sebanyak 430 buah pusat pemindahan telah dibuka oleh JKM yang mana 194 pusat masih lagi beroperasi yang menempatkan 44,672 orang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu katanya, JKM juga telah menyediakan 1,147 petugas dan 2,150 sukarelawan untuk membantu dalam kerja pengurusan pesat pemindahan mangsa banjir dan urusan penyaluran bantuan. - Bernama