Friday, February 20, 2009

Akhlak para pelajar kita susah nak cakap...............

Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras


Apabila saya membaca my metro hari ini (20 Februari 2009) terpaparlah imej seorang budak yang koma akibat perbuatan sekumpulan budak sekolah dan kawe amat terkejut dengan insiden sebegini. Dikatakan punca adalah disebabkan berebut awek je.... tak senonoh langsung pasal awek sanggup nak membunuh.....
Pagi tadi juga, apabila saya menonton Buletin Pagi TV3, juga memaparkan kisah pelajar sekolah melontar bom petrol ke arah kenderaan guru displin akibat tidak puas hati dengan hukuman rotan yang diberikan oleh guru tersebut. Ini lagi kes niaya... pasal kena hukum hingga sanggup melakukan perbuatan ala mafia ke atas guru kita yang mengajar dan mendidik kita hingga menjadi orang yang berguna pada bangsa dan agama... kalaulah ramai sikap para pelajar kita sebegini..... saya rasa para guru akan takut turun ke sekolah lagi....para guru juga akan takut menegur para pelajar yang mempunyai masalah displin yang teruk..... dan kemungkinan masalah displin dan moral anak-anak kita semakin sukar dikawal dan teruk le.....
Dua isu di atas ini menunjukkan bahawa moral dan sikap anak-anak kita sudah melampau-lampau dan terlalu ekstrim dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepuasan diri masing-masing. Keruntuhan moral para pelajar kita hari ini bukannya salah sesiapa tetapi akibat keadaan sekelilingnya yang rapuh dengan ancaman dari ledakan maklumat yang sukar di kawal lagi....
Kebanjiran isu-isu berkaitan lucah, ganas, ekstrim, samseng politik, samseng sekolah, samseng jalanan, along, demontrasi jalanan, kes bunuh dan berbagai-bagai lagi akan menjadi inspirasi mereka apabila mereka membesar nanti........Tidak hairanlah kita, kemungkinan pada masa depan, kita akan mendengar kes para pelajar yang membawa senjata dan menembak di dalam kelas akan berlaku jika tiada apa-apa action selanjutnya....