Thursday, February 05, 2009

Liverpool kalah 1-0

PEMAIN Everton, Dan Gosling (dua dari kanan) menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Liverpool dalam Piala FA permainan ulangan pusingan keempat di Goodison Park, Liverpool, utara England, semalam. Everton mengatasi Liverpool 1-0.

(Sumber:- Berita Harian Online 5 Februari 2009)

Pegawai Kerajaan boleh tuntut bayaran "parking"..

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
Tan Sri Ismail Adam
Kakitangan awam kini boleh menuntut bayaran balik letak kereta sehingga maksimum RM90 sebulan berkuatkuasa 1 Feb 2009.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan berhubung pindaan kadar bayaran balik letak kereta, bayaran balik letak kereta diberi kepada pegawai perkhidmatan awam yang perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kerta di pejabat masing-masing.
Kadar baru bayaran balik letak kereta adalah berdasarkan kadar sebenar atau maksimum RM90 sebulan mengikut mana yang lebih rendah, menurut pekeliling itu.
Sebelum ini, berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 4/1992, pegawai awam boleh mengemukakan had maksimum tuntutan bayaran balik letak kereta tidak melebihi RM30 sebulan. (Sumber:- Utusan Malaysia Online 5 Februari 2009)
Seronok... lah, tidak perlu keluar duit poket sendiri untuk berurusan di luar atas urusan rasmi dan juga untuk meletak kereta di pejabat.
Kalau dulu, kakitangan awam terpaksa 'parking' di tempat yang tidak sepatutnya 'parking' kerana untuk mengelak bayaran tersebut.
Kalau meletak kenderaan satu jam tak pe lah.... ini berjam-jam mana tahan poket.... justeru dengan pengumuman ini, terima kasih kepada kerajaan kerana perihatian terhadap masalah kakitangan awam.........
Harapan kita agar kemudahan ini dipanjangkan kepada semua peringkat dan gred kakitangan Awam di seluruh negara

Najib dah jumpa Sultan Perak



TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang akhbar selepas mengadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh pagi tadi untuk memaklumkan mengenai pembentukan kerajaan baru di Bangunan Umno Perak. Turut sama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) serta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak. - Foto Abd Rahim Rahmat
Feb 5, 2009 1:10 pm
(Sumber: Berita Harian Online 5 Februari 2009)

Masih Jadi Menteri Besar Perak.....................


Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa beliau masih Menteri Besar Perak selagi Sultan Azlan Shah belum membuat keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
(Sumber: Utusan Malaysia Online 5 Februari 2009)

Jalan KM20-21 Igan-Matu terputus


pa tengok-tengok....... jalan dah putus.... sususah kamek sitok......


Laluan yang terputus merbahaya bagi kenderaan...............



Runtuh akibat hujan dan banjir di Matu..............................


Berbelah dua jalan akibat bencana alam di Matu......................



Lori tersangkut di jalan yang terputus....................


teruklah macam tok.... susah lah nak pergi ke mukah/pulang

Penduduk-penduduk di Daerah Matu tidak dapat menggunakan jalanraya utama ke Mukah atau sebaliknya disebabkan jalanraya di KM 20 dan 21 jalan Igan -Matu terputus atau runtuh kesan daripada hujan yang turun di daerah tersebut.
Orang ramai berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengatasi masalah ini dengan segera agar urusan mereka dapat diteruskan seperti biasa................
Kejadian berlaku pagi tadi dimana "culvert" tempat pengairan air telah runtuh. Kejadian ini terjadi akibat tekanan air yang kuat serta sistem perparitan yang tidak sistematik.

Kenangan di istana TYT...........


Bakal TYT baru...... guro jak.. KK Bidin melamun....... nak jadi TYT


Engineer JKR Sarikei.... sedang asyik tengok apa-apa di dinding................

Kenangan bersama mu........................TYT..........................

Tahniah Aznil Nawawi..........................



AZNIL NAWAWI (kanan) berkongsi kejayaan dengan ibu tercinta, Noorbaiti Surur.
(Sumber: Utusan Malaysia Online 5 Februari 2009)

Seribu tahniah kepada Pengacara yang saya minati iaitu Aznil Nawawi kerana telah dianugerahkan bintang Johan Mahkota Wilayah yang disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis yang berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur
Dengan anugerah ini, beliau akan mampu berkarya dengan lebih mantap dan menghiburkan lagi............
Anggaplah anugerah ini adalah sebagai pendorong kepada Aznil supaya bekerja dengan lebih cemerlang lagi...................
Ingat.... jangan lupa diri dan jangan lupa jagalah mulut tu..... jangan laser sangat.......
Bersopanlah kerana bersopan dan bebudi bahasa adalah budaya kita.......................

Pakatan Tumbang di Perak


TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jamaluddin (kanan), Mohd Osman (dua dari kanan) dan Yit Fong menyokong BN manakala Nasarudin (dua dari kiri) kembali sertai Umno.
(sumber: Berita Harian Online 5 Februari 2009)