Friday, January 30, 2009

DAFTAR PENGUNDI SECARA ONLINE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menwujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah ini akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja kajian mengenainya selesai. (Utusan Borneo,30 Januri 2009)
Rata-rata orang ramai bersetuju dengan cadangan ini dan berharap agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Mereka berkata bahawa pada zaman ini, komputer telah banyak mempengaruhi kehidupan serta gaya hidup para remaja dan komputer juga paling dekat dengan mereka.
Justeru, kaedah ini berkemungkinan akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan pengundi remaja untuk mendaftar.
Sikap pengundi yang layak mendaftar malas hendak mendaftar juga dapat diatasi serta sikap malu nak mendaftar juga dapat ditangani apabila kaedah ini dilaksanakan kelak.
Kaedah ini juga memberi kemudahan kepada golongan pengundi berdaftar yang malas untuk menyemak status pendaftaran mereka.
Syabas juga diucapkan kepada SPR kerana berani menceburi alam siber untuk menaikkan taraf sistem pendaftaran pengundi secara online.
Dengan terlaksananya kaedah ini nanti, tiada alasan bagi pengundi yang layak, khas para remaja tidak mendaftar sebagai pengundi berdaftar.