Friday, April 03, 2009

Tahniah dapat gelaran "Tun"..............

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, pagi ini. Datin Seri Jeanne Abdullah pula menerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kita berdoa agar Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat kesejahteraan semasa bersara nanti.

Kita juga berharap agar Tun dapat menyumbang lebih banyak pendapat dan nasihat bagi membantu memajukan negara yang kita cintai ini.

Kita juga berharap agar Tun dapat bekerjasama sepenuh hati dengan Perdana Menteri Baru agar Politik negara kita stabil dan mantop...........................