Monday, January 19, 2009

APA DAH JADI...... BN KALAH DI TERENGGANU

Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi.

Majoriti unid ialah sebanyak 2,631 (Utusan Borneo, Ahad/18/01/2009)

Dengan keputusan ini, kerusi parlimen BN tergugat sekali lagi dan ini nanti akan menjadi barah jika tidak diubati dengan segera. Barisan pemimpin BN khasnya daripada UMNO harus menilai keputusan ini dengan lebih serius dan berhati-hati kerana kita takut nanti rakyat akan kurang berkeyakinan dengan BN lagi.

Rata-rata pengundi terkejut dengan keputusan ini, mereka beranggapan bahawa BN tidak mempunyai taring yang berbisa lagi seperti zaman dulu-dulu. BN dengan mudah saja ditumpaskan semasa piliharaya kecil walaupun BN mempunyai kelebihan yang banyak dibanding dengan Pas.

Hasil daripada keputusan ini, kita berharaf ianya menjadi titik tolak kepada BN untuk bekerja lebih kuat lagi agar pengundi masih mempercayai kepimpinan BN pada masa depan.

Walau bagaimana pun, tahniah juga kepada BN kerana sanggup menerima kekalahan ini dengan hati terbuka dan akan berjanji untuk mengkaji sebab dan akibat kenapa BN kalah lagi...........