Saturday, January 31, 2009

FOTO MENARIK


Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).
(Sumber: Berita Harian online 31 Januari 2009)


BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP
(Sumber :Utusan Malaysia Online 31 Januari 2009)

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi mencuba 'mesil starburst' selepas merasmikan Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka. Turut kelihatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Aziz Zainal (kiri). - Foto Rosdan Wahid
(sumber: Berita Harian Online 31 Januari 2009)

INFO DENGGI

Apa itu denggi?

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.

Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.


(SUMBER INTERNET)





Friday, January 30, 2009

DAFTAR PENGUNDI SECARA ONLINE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menwujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah ini akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja kajian mengenainya selesai. (Utusan Borneo,30 Januri 2009)
Rata-rata orang ramai bersetuju dengan cadangan ini dan berharap agar ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Mereka berkata bahawa pada zaman ini, komputer telah banyak mempengaruhi kehidupan serta gaya hidup para remaja dan komputer juga paling dekat dengan mereka.
Justeru, kaedah ini berkemungkinan akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan pengundi remaja untuk mendaftar.
Sikap pengundi yang layak mendaftar malas hendak mendaftar juga dapat diatasi serta sikap malu nak mendaftar juga dapat ditangani apabila kaedah ini dilaksanakan kelak.
Kaedah ini juga memberi kemudahan kepada golongan pengundi berdaftar yang malas untuk menyemak status pendaftaran mereka.
Syabas juga diucapkan kepada SPR kerana berani menceburi alam siber untuk menaikkan taraf sistem pendaftaran pengundi secara online.
Dengan terlaksananya kaedah ini nanti, tiada alasan bagi pengundi yang layak, khas para remaja tidak mendaftar sebagai pengundi berdaftar.

Thursday, January 29, 2009

MU menang 5-0


RONALDO ledak dua gol di Hawthorns kelmarin.




AKSI Berbatov ketika menentang West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, kelmarin. United menang 5-0.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS


PEMAIN Liverpool, Yossi Benayoun (kiri) melakukan jaringan ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wigan Athletic di JJB Stadium, Wigan, awal pagi tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1
Blackburn 2 (Warnock 66, McCarthy 87) - Bolton 2 (Taylor 15, Davies 35)

Chelsea 2 (Kalou 58, 81) - Middlesbrough 0

Everton 1 (Cahill 61) - Arsenal 1 (Van Persie 90)

Manchester City 2 (Wright-Phillips 17, Bellamy 77) - Newcastle 1 (Carroll 81)

West Ham 2 (Di Michele 33, Cole 51) - Hull 0

Wigan 1 (Mido 83-pen) - Liverpool 1 (Benayoun 41)

Tuesday, January 27, 2009

KENALI FengShui

FENG SHUI BUNYI

Bunyi menambahkan tenaga. muzik yang anda gemari menggetarkan jiwa anda dan menambahkan aura personaliti anda. Gemerencing hiasan yang digantung berdekatan pintu masuk dan dewan terbuka menimbulkan bunyi lembut yang manis didengar. Hati anda dan tetamu anda terdetik perasaan riang dan manis. Apabila anda gembira, aura anda memberikan kesan kegembiraan kepada orang yang berada di sekitar anda.

FENG SHUI ALAM SEMULA JADI

Hidupan seperti pokok dan haiwan membawa tenaga chi positif. Pokok dan bunga yang subur dan sentiasa dijaga membangkitkan tenaga chi positif. Elakkan meletak bunga hidup yang dikeringkan. Pokok yang berdaun besar, bulat atau lonjong sangat baik untuk kitaran tenaga chi positif. Jangan letak pokok berduri kerana ia memotong tenaga. Ikan melambangkan kemakmuran dan kekayaan. Cuma pastikan mangkuk dan akuariumnya bersih dan nampak baru. Jika anda membela ikan di dalam kolam, pastikan kolam itu tidak kotor dan air kolam itu sentiasa mengalir. Sangkar burung dan kucing mesti sentiasa bersih kerana bagaimana kita membela dan menjaga haiwan kesayangan kita akan mempengaruhi tenaga chi.

FENG SHUI BATU-BATU

Batu-batu memberi maksud kukuh dan stabil. Ia mengekalkan tenaga chi positif. Batu-batu juga melambangkan kuasa. Ukiran pasangan bercinta atau dua ekor burung dapat mengukuhkan hubungan perkahwinan dan perhubungan

FENG SHUI BENDA-BENDA BERGERAK

Benda-benda bergerak seperti bendera dan kincir angin mengaktifkan tenaga chi positif yang berasal dari angin. Pacakkan tiang bendera dengan bendera dari kain berkualiti di hadapan rumah atau pejabat anda untuk menguatkan tenaga chi di kawasan rumah dan pejabat anda

FENG SHUI AIR

Air pancut, kolam, air terjun dan akuarium menggalakkan perjalanan tenaga chi yang positif. Ia juga adalah lambang duit, kekayaan, peluang dan kedatangan pelanggan yang tidak putus-putus. Semangkuk ikan emas dan bunga-bunga segar di dalam pasu juga meningkatkan tenaga air. Untuk memaksimumkan keselamatan kewangan, pastikan anda mengunakan akuarium atau kolam yang besar.

FENG SHUI KRISTAL DAN BATU PERMATA

Kristal dan batu permata telah lama dikenali sebagai sesuatu yang boleh meningkatkan kadar tenaga. Kecantikan kristal dan batu permata memukau pandangan ramai orang sejak zaman dahulu lagi. Setiap warnanya berkait rapat dengan warna aura seseorang. Letakkan bola kristal di atas meja untuk mengaktifkan chi yang harmoni. Jika ada aspek tertentu yang anda ingin kuatkan, gantung kristal mengikut warna yang betul menggunakan reben di tingkap atau di belakang pintu (Mingguan Wanita, 22-28 Disember 2006)

Friday, January 23, 2009

BARANG BUATAN MALAYSIA LAGI BEST.......BEST LAGI.....

Perdana Menteri kita telah menyarankan agar rakyat Malaysia mengutamakan barang buatan Malaysia dengan barangan buatan orang lain( negara luar). Katanya barang buatan Malaysia lagi best dan berkualiti jika kita bandingkan dengan barang orang luar.

Barang made ini Malaysia, kalau kita gunakan memang bagus dan mudah kita kenali isi kandungnya serta sesuai dengan kehendak orang Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia harus membeli barang buatan Malaysia......

Apabila kita ramai-ramai menggunakan barang Malaysia, maka ekonomi negara kita akan menjadi kuat dan kukuh. Jika ekonomi kita kukuh, negara kita akan berkembang dengan maju dan tidak mudah dikotakkatikan oleh anasir luar.

Barang buatan luar bukannya best gilak, cuma promosi saja lebih-lebih sehingga kita mudah terpengaruh. Kalau kita lihat barang buatan Malaysia, tiada bezanya dengan barangan buatan luar bahkan barang buatan Malaysia lagi berkualiti dan murah.

Jom... kita pakat ramai-ramai cubalah kita berkempen membeli barang buatan Malaysia, tidak rugi kita membelinya, bahkan dapat membantu negara kita dan rakyat kita maju dari segi ekonomi, politik, sosial dan pendidikan.......

Wednesday, January 21, 2009

Kong He fat choi...........SELAMAT TAHUN BARU CINA...

Selamat tahun baru cina... kong kong hee fat choi...... ampau lai..ampau lai

Tidak lama rakyat Malaysia yang berbangsa Cina akan menyambut tahun baru cina pada 26 Januari 2009 ini. Tahun baru cina kali ini akan menyambut tahun Lembu Jantan yang melambangkan kebaikan dan keindahan.

Masyarakat cina pada masa ini sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya. Pasaraya-pasaraya terkemuka seluruh negara sibuk mempromosikan jualan dengan harga yang berpatutan

Kita harus berbangga dengan Malaysia kerana Malaysia dalam keadaan aman dan tenteram Tiada berlaku persengketaan di mana-mana seperti yang berlaku ke atas negara lain di luar Malaysia. Keamanan ini adalah hasil daripada rakyatnya yang bersatu padu dan hidup dalam harmonis tanpa prajudis terhadap bangsa lain.

Selamat menyambut tahun baru cina buat rakan-rakan yang berbangsa Cina di seluruh pelusuk negara.........................

Monday, January 19, 2009

APA DAH JADI...... BN KALAH DI TERENGGANU

Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi.

Majoriti unid ialah sebanyak 2,631 (Utusan Borneo, Ahad/18/01/2009)

Dengan keputusan ini, kerusi parlimen BN tergugat sekali lagi dan ini nanti akan menjadi barah jika tidak diubati dengan segera. Barisan pemimpin BN khasnya daripada UMNO harus menilai keputusan ini dengan lebih serius dan berhati-hati kerana kita takut nanti rakyat akan kurang berkeyakinan dengan BN lagi.

Rata-rata pengundi terkejut dengan keputusan ini, mereka beranggapan bahawa BN tidak mempunyai taring yang berbisa lagi seperti zaman dulu-dulu. BN dengan mudah saja ditumpaskan semasa piliharaya kecil walaupun BN mempunyai kelebihan yang banyak dibanding dengan Pas.

Hasil daripada keputusan ini, kita berharaf ianya menjadi titik tolak kepada BN untuk bekerja lebih kuat lagi agar pengundi masih mempercayai kepimpinan BN pada masa depan.

Walau bagaimana pun, tahniah juga kepada BN kerana sanggup menerima kekalahan ini dengan hati terbuka dan akan berjanji untuk mengkaji sebab dan akibat kenapa BN kalah lagi...........

Tuesday, January 13, 2009

SAYANGILAH NYAWA DAN HARTA BENDA ANDA- PATUHI PERATURAN SEMASA BANJIR

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR:-

Dapatkan maklumat tentang banjir ditempat anda

Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta bilik-bilik gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran

Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

Pastikan di mana pusat Permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda

Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya

Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah

SEBELUM BANJIR-SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu

Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat selamat

Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air

Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas

Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah

SEMASA BANJIR-SEMASA PEMINDAHAN

Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan

Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat

Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang

SEMASA BANJIR-DI DALAM KENDERAAN

Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat

Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH

Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu

Bersedia dengan peralatan kecemasan

Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan

SEMASA BANJIR-DILUAR RUMAH

Pergi ke tempat tinggi dan selamat

Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda

Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan kenderaan mahupun berjalan kaki

Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh

Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di tepi sungai atau lombong

Jangan minum air banjir

Israel semakin besar kepala

Semenanjung Gaza semakin hari semakin sengsara akibat kekejaman Israel yang tidak putus-putus menyerang tempat tersebut. Bangunan-bangunan di Gaza sudah hancur akibat letupan bom oleh tentera Israel sehingga menyebabkan rakyat Hamas menderita dan tiada tempat untuk berteduh. Ramai dikalangan mereka lari dari tempat asal mereka untuk mencari tempat yang selamat dari terjahan tentera Israel. Namun begitu, tentera Israel semakin rancak melancarkan serangan dan dikatakan bahawa serangan kali ini telah memasuki fasa ke tiga. Fasa ketiga merupakan fasa yang sangat hebat kerana ia melibatkan ramai tentera darat Israel yang akan memasuki jauh ke dalam bandaraya Gaza dan akan membunuh lebih ramai lagi penduduk-penduduk Hamas.

Dunia pada hari sedang giat mengatur strategi bagaimana hendak mengembalikan keamanan di Gaza dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di kedutaan Amerika di serata tempat. Tetapi suara sebegini jarang mendapat perhatian daripada mereka yang angkuh dan tidak berperikemanusiaan seperti Israel dan sekutunya.

Israel masih dengan egonya mahu menghancurkan palestin hingga ke lubang cacing sekalipun. Rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa kekecaman rejim Zionist dan akan terbunuh satu persatu bagi mempertahankan kedaulatan mereka.

Malaysia juga serius dalam menangani konflik ini, beberapa usaha sedang di rangka untuk mengurangkan penderitaan rakyat palestin di Gaza. Perbincangan demi perbincangan telah dijalankan agar dapat mencari jalan penyelesaian yang berkesan bagi menghentikan konflik ini.

Tribunal Jenayah Perang telah dipersetujui oleh Ahli Parlimen Malaysia tidak kira dari kerajaan atau pembangkang agar Israel dikenakan undang-undang tersebut. Mereka mengesa agar PBB menerima cadangan ini untuk membawa Israel ke Tribunal Jenayah Perang untuk kepentingan manusia sejagat.

Apabila cadangan daripada Parlimen Malaysia diguna pakai oleh PBB nescaya krisis seumpama ini mampu ditangani dengan lebih efektif dan berkesan. Israel juga akan rasa tergugat dengan keseriusan badan dunia seperti PBB mahu menwujudkan kedamaian bagi masyarakat dunia hari ini. Mereka (Israel) mungkin akan terasa terancam dengan tindak tanduk PBB dan berkemungkinan konflik ini boleh dihentikan.

Kita juga percaya bahawa pada hari ini masyarakat dunia akan konsensus dengan pendirian Malaysia yang mahukan Israel dihadapkan ke Tribunal Jenayah Perang seperti yang telah dilakukan kepada Sadam Hussein. Mereka (masyarakat dunia) memang mahukan keadilan dilaksanakan dengan seadil-adilnya bagi mengheret Israel ke muka pengadilan.

Di samping itu, PBB juga harus bertindak lebih serius menangani konflik ini kerana PPB sahaja badan dunia yang berkuasa. Ia juga sepatutnya mempunyai tentera khas (Keamanan) untuk membantu negara-negara seperti Palestin bagi melawan tentera rejim Israel.

Walau bagaimanapun kita melihat bahawa PBB seolah-olah tidak berupaya menyelesaikan masalah ini dan kita juga beranggapan bahawa PBB tidak mempunyai taring jika melibatkan pencerobohan oleh Israel. Jika melibatkan negara lain seperti Iraq, Iran dan lain-lain, seolah mereka lah polis dunia dan menangkap jenayah-jenayah yang menimbulkan kekecohan tersebut sampai ke akar umbinya.

Sebagai kesimpulan, rakyat palestin di Gaza seharusnya bersatu hati dan berjuang habis-habisan untuk melawan serangan daripada tentera Israel. Semangat perpaduan yang jitu dikalangan mereka merupakan senjata yang paling canggih dan berkesan untuk menangkis serangan bertubi-tubi Israel. Anggaplah ini merupakan cubaan yang besar daripada Allah S.W.T. dan percayalah suatu hari ada hikmah di sebalik konflik ini.

Monday, January 12, 2009

Ramalan Kajicuaca dan Persiapan Jabatan Penerangan Menghadapi banjir

Sidang Akhbar oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Banjir Negeri Sarawak pada 12 Januari 2009, beliau telah memaklumkan perkara-perkara seperti berikut:-

Ramalan Cuaca: Jabatan Metereologi Sarawak telah memaklumkan bahawa Bahagian Kuching/Samarahan dan Bahagian Sri Aman/Betong masih dalam kategori merah (Red Alert) iaitu akan mendapat hujan lebat dalam sehari dua ini.

Air pasang besar (King Tide) dijanggka berlaku pada:
12 Januari 2009-10.8 meter pada jam 6.00 petang
13 Januari 2009- 10.9meter pada jam 7.00 petang
14 Januari 2009- 10.8 meter pada jam 8.00 malam
(Perlu bersiap sedia antara jam 5.00 petang-10.00 malam

Sehubungan itu, diperingkat Jabatan Penerangan, Pegawai Penerangan Bahagian dan Daerah dikehendaki mengarahkan unit-unit bergerak bersiap-sedia untuk membantu Jawatankuasa Banjir Bahagian dan Daerah di mana berkaitan.

Bahagian Sibu/Mukah, Kapit, Sarikei, Miri/Bintulu diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang akan turun dalam sehari dua.

Edarkan risalah-risalah berkenaan panduan langkah menghadapi banjir kepada orang ramai khususnya di pusat-pusat permindahan

Sekian, untuk makluman

Palestin kena lagi..........

Israel dibawah rejim zionist semakin ligat mengebom Palestin tidak kira mangsa (Orang awam, kanak-kanak) asalkan misi mereka tercapai. Mereka memang bertekad untuk menghancur bumi Palestin sehingga menjadi "padang jarak padang terkukur" dan kalau boleh semua keturunan Palestin cuba dihapuskan dari muka bumi ini.

Tindakan ini seolah-oleh seperti yang telah dilakukan oleh tentera Nazi semasa pemerintahan Hitler perang dunia kedua dulu iaitu menghapuskan golongan yahudi dari muka bumi ini.

SIkap angkuh rejim Zionist ini sehingga pelan gencatan senjata yang dicadangan oleh PBB tidak diendahkan sama sekali, seolah-olah mereka tidak takut sama sekali dengan suara penduduk dunia yang diwakili oleh PBB. Mereka beranggapan bahawa tiada kuasa yang lebih kuat daripada mereka dan ada kuasa besar yang menyokong serta merestui tindakan mereka ini.

Kutukan demi kutukan yang disuarakan oleh masyarakat dunia tidak dipedulikan dan mereka semakin berani mencerobohi bumi palestin dengan detuman-dentuman bom sehingga membunuh rakyat yang tidak berdosa. Beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa terbunuh hasil daripada serangan-serangan rejim Zionist terhadap Palestin.

Ekoran daripada ini, Rakyat Malaysia yang perihatin terhadap nasib rakyat palestin (Gaza) juga giat berkempen dengan melumpuhkan ekonomi Israel, antaranya memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya. kempen seumpama jikalau dilaksanakan sudah semestinya ekonomi Israel dapat dilumpuhkan dan sudah pasti kekuatan tentera rejim Zionist akan tergugat.

Kita mesti tunjukkan kepada dunia bahawa negara sekecil Malaysia mampu bersatuhati menentang salah laku Israel yang semakin kurang ajar dan perlu diajar. Tetapi jika kempen ini sekadar dilaungkan dan tiada "action" daripada kita, sia-sia sahajalah kempen tersebut.

Untuk pengetahuan kita bahawa sejumlah keuntungan Produk keluaran mereka yang membanjiri pasaran kita dikatakan di beri untuk membiayai tentera Israel dalam melaksanakan misi mereka di bumi Palestin. Semakin hari semakin bertambah dana yang dikumpulkan untuk memperkuatkan lagi tentera Zionist dan semua perbelanjaan ini datangnya daripada kita sebagai pengguna produk tersebut. Oleh itu, kita sedikit sebanyak menyumbang dan menyokong keganasan di bumi Palestin.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam seharusnya menyahut cabaran untuk memboikot produk keluaran negara tersebut agar kempen tersebut berjaya. Kita cuma tidak membeli barangan keluaran mereka dan beralih kepada produk lain. Jika kita dah sebati dengan barangan mereka cubalah sedaya upaya mengubah pendirian kita dan anggaplah ini sebagai sumbangan kita membantu mangsa yang teraniaya oleh rejim Israel.

Kempen seumpama ini janganlah berhenti apabila isu ini selesai, tetapi diteruskan sampai bila-bila supaya Israel sedar tentang tingkah laku mereka selama ini. Kita sebagai pengguna juga mesti berazam agar memboikot barangan negara tersebut sehingga akhir hayat kita barulah misi kita akan tercapai.

Akhir kalam, sama-samalah kita berusaha demi keamanan sejagat dan bukannya kita membenci tetapi kita membenci terhadap sikap tidak perikemanusiaan mereka.

Monday, January 05, 2009

Musim sekolah dah tiba..dah... selamat menempuh alam persekolahan...

Sesi Persekolahan untuk Sarawak tahun ini sudah bermula pada hari ini. Awal pagi lagi dah ibubapa sibuk bersiap untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.



Bagi mereka yang baru sahaja memasuki alam persekolahan, berbagai kekhuatiran tentang keperluan dan sikap anak-anak mereka yang melihat suasana persekolahan yang masih baru bagi mereka.

Bagi para guru juga, mereka juga sibuk dengan persiapan untuk berhadapan dengan kerenah ibubapa serta anak-anak mereka yang inginkan maklumat tentang persekolahan seperti jadual waktu, buku tulis, buku teks,yuran dan juga pakaian seragam yang sesuai untuk sekolah tersebut.



Bagi para ibubapa yang baru pertama kali menghantar anaknya ke sekolah, juga menghadapi masalah dengan pentadbiran sekolah. Maklumat tentang keperluan anak-anak sekolah tidak sampai kepada mereka dan maklumat tersebut baru sahaja diketahui apabila mereka tiba di sekolah tersebut. Kelam kabut lah mak bapak oleh pihak sekolah... pakaian seragam tidak sesuai lah... jadual waktu tidak tahu lah.... dan macam-macam lagi.....



Pagi tadi, satu taklimat kepada ibubapa pelajar baru (tahun 1) telah diadakan oleh pihak sekolah. Ibubapa telah bersedia untuk mendengar taklimat tersebut tetapi malangnya bahan-bahan taklimat tidak disediakan. Ibubapa hanya mendengar sahaja dan ada yang mencatat dan banyak lagi tidak mencatat. Persiapan untuk taklimat pula tidak diurus lebih awal oleh pihak sekolah seperti alat siaraya, kerusi ,bahan-bahan taklimat dan maklumat sekolah. Para ibubapa hanya ditaklimatkan secara lisan sahaja dan ramai dikalangan ibubapa "ternganga-nganga" duduk dihadapan.

Kempen senyum sering digiatkan agar setiap kakitangan awam memberi senyuman apabila melayan tetamu tetapi malangnya di sekolah yang tertentu kakitangan sekolah termasuk guru kurang menekankan kempen tersebut. Para ibubapa rasa janggal dan takut untuk menegur para guru untuk bertanyakan tentang kemusyikilan yang mereka hadapi.

Sepatutnya jika mengikut adat orang melayu, tuan rumah sepatutnya melayan dengan baik tetamu, ini tidak tetamu macam orang asing dah lah asing semakin asing apabila tiba di sekolah tersebut.

Seperkara lagi, maklumat-maklumat tentang sekolah kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Papan kenyataan yang besar dan sebesarnya sudah disediakan, apalah salah semua maklumat tentang persekolahan di tampal di papan kenyataan agar memudahkan ibubapa merujuk. Ini tidak maklumat tahun lepas yang tidak kena-mengena ditampal dan maklumat tersebut juga tidak terkini. Jikalau ibubapa buat bising, mereka naik angin.

Walaupun bagi pandangan para guru dan pihak sekolah, musim pendaftaran sekolah memang perkara sudah biasa dan lumrah bagi ibubapa dan beranggapan bahawa semua ibubapa tahu. Ini memang salah, dari segi teori komunikasi proses penyampaian maklumat tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi berterusan. Proses pembelanjaran bukanlah sekali sahaja tetapi berterusan sehingga tiada titik noktahnya bila akan berakhir.

Pihak sekolah seharusnya berbincang ataupun mengadakan mesyuarat dengan semua guru dan kakitangannya sebelum sesi persekolahan bermula. Ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah yang patut mereka lakukan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan sekolah mereka pada tahun ini supaya tidak kelam kabut seperti apa yang berlaku.

Pengurusan sekolah haruslah peka terhadap masalah yang dihadapi oleh ibubapa, janganlah "last minute" baru di bagitau.. ini menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan makbapak kelak

Selamat menempuh alam persekolahan kepada para pelajar baru, selamat bertugas kepada warga pendidik dan selamat menghantar anak-anak ke sekolah kepada ibubapa sekalian........