Monday, January 05, 2009

Musim sekolah dah tiba..dah... selamat menempuh alam persekolahan...

Sesi Persekolahan untuk Sarawak tahun ini sudah bermula pada hari ini. Awal pagi lagi dah ibubapa sibuk bersiap untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.



Bagi mereka yang baru sahaja memasuki alam persekolahan, berbagai kekhuatiran tentang keperluan dan sikap anak-anak mereka yang melihat suasana persekolahan yang masih baru bagi mereka.

Bagi para guru juga, mereka juga sibuk dengan persiapan untuk berhadapan dengan kerenah ibubapa serta anak-anak mereka yang inginkan maklumat tentang persekolahan seperti jadual waktu, buku tulis, buku teks,yuran dan juga pakaian seragam yang sesuai untuk sekolah tersebut.



Bagi para ibubapa yang baru pertama kali menghantar anaknya ke sekolah, juga menghadapi masalah dengan pentadbiran sekolah. Maklumat tentang keperluan anak-anak sekolah tidak sampai kepada mereka dan maklumat tersebut baru sahaja diketahui apabila mereka tiba di sekolah tersebut. Kelam kabut lah mak bapak oleh pihak sekolah... pakaian seragam tidak sesuai lah... jadual waktu tidak tahu lah.... dan macam-macam lagi.....



Pagi tadi, satu taklimat kepada ibubapa pelajar baru (tahun 1) telah diadakan oleh pihak sekolah. Ibubapa telah bersedia untuk mendengar taklimat tersebut tetapi malangnya bahan-bahan taklimat tidak disediakan. Ibubapa hanya mendengar sahaja dan ada yang mencatat dan banyak lagi tidak mencatat. Persiapan untuk taklimat pula tidak diurus lebih awal oleh pihak sekolah seperti alat siaraya, kerusi ,bahan-bahan taklimat dan maklumat sekolah. Para ibubapa hanya ditaklimatkan secara lisan sahaja dan ramai dikalangan ibubapa "ternganga-nganga" duduk dihadapan.

Kempen senyum sering digiatkan agar setiap kakitangan awam memberi senyuman apabila melayan tetamu tetapi malangnya di sekolah yang tertentu kakitangan sekolah termasuk guru kurang menekankan kempen tersebut. Para ibubapa rasa janggal dan takut untuk menegur para guru untuk bertanyakan tentang kemusyikilan yang mereka hadapi.

Sepatutnya jika mengikut adat orang melayu, tuan rumah sepatutnya melayan dengan baik tetamu, ini tidak tetamu macam orang asing dah lah asing semakin asing apabila tiba di sekolah tersebut.

Seperkara lagi, maklumat-maklumat tentang sekolah kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Papan kenyataan yang besar dan sebesarnya sudah disediakan, apalah salah semua maklumat tentang persekolahan di tampal di papan kenyataan agar memudahkan ibubapa merujuk. Ini tidak maklumat tahun lepas yang tidak kena-mengena ditampal dan maklumat tersebut juga tidak terkini. Jikalau ibubapa buat bising, mereka naik angin.

Walaupun bagi pandangan para guru dan pihak sekolah, musim pendaftaran sekolah memang perkara sudah biasa dan lumrah bagi ibubapa dan beranggapan bahawa semua ibubapa tahu. Ini memang salah, dari segi teori komunikasi proses penyampaian maklumat tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi berterusan. Proses pembelanjaran bukanlah sekali sahaja tetapi berterusan sehingga tiada titik noktahnya bila akan berakhir.

Pihak sekolah seharusnya berbincang ataupun mengadakan mesyuarat dengan semua guru dan kakitangannya sebelum sesi persekolahan bermula. Ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah yang patut mereka lakukan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan sekolah mereka pada tahun ini supaya tidak kelam kabut seperti apa yang berlaku.

Pengurusan sekolah haruslah peka terhadap masalah yang dihadapi oleh ibubapa, janganlah "last minute" baru di bagitau.. ini menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan makbapak kelak

Selamat menempuh alam persekolahan kepada para pelajar baru, selamat bertugas kepada warga pendidik dan selamat menghantar anak-anak ke sekolah kepada ibubapa sekalian........