PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak melambai selepas masing-masing menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, hari ini. Abdullah menghadap Seri Paduka bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya. - Foto Bernama
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi keluar dari Istana Negara selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mohon perkenan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak. gambar ini diambil pada jam 10.57 pagi. - Foto Sairien Nafis
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama isteri Datin Seri Jeanne Abdullah berpegangan tangan ketika hadir makan tengahari bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri, di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diarak menaiki kenderaan tentera sambil melambai kepada kakitangan dari pelbagai perkhidmatan dalam angkatan tentera bersempena upacara 'sending-off' selaku Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan, hari ini. - Foto Sairien Nafis/Reuter