Tuesday, May 22, 2012

Saya Tak Bertanding Dalam PRU-13, Tegas Wardina

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke 13 akan datang. Menurutnya, bukan saja tidak bertanding, dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana yang digembar-gemburkan. ” Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. ” Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini. Beliau turut mengulas bahawa jangan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan. Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang mengaitkan nama beliau secara semberono. Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya. Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya. Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya. Oleh: HARITS ASYRAF

Anwar, Azmin, Cikgu Bard Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard sebentar tadi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Tuduhan kerana bersubahat mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dibacakan satu persatu terhadap Anwar, Azmin dan Cikgu Bard manakala dakwaan kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dibacakan serentak ke atas ketiga-tiga individu berkenaan. Anwar mengaku tidak bersalah dan berkata, kes itu hanya membuang masa mahkamah. Azmin dan Cikgu Bard juga mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan berkenaan. Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 2 Julai depan. – Berita Harian Online

Isu Bunting Pelamin: Jangan Suka Buat Cerita Bukan-Bukan, Kata Fasha

Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah “projek” di luar negara sebelum ini. Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin’ baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya. “Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu? “Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. “Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.