Monday, January 12, 2009

Ramalan Kajicuaca dan Persiapan Jabatan Penerangan Menghadapi banjir

Sidang Akhbar oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Banjir Negeri Sarawak pada 12 Januari 2009, beliau telah memaklumkan perkara-perkara seperti berikut:-

Ramalan Cuaca: Jabatan Metereologi Sarawak telah memaklumkan bahawa Bahagian Kuching/Samarahan dan Bahagian Sri Aman/Betong masih dalam kategori merah (Red Alert) iaitu akan mendapat hujan lebat dalam sehari dua ini.

Air pasang besar (King Tide) dijanggka berlaku pada:
12 Januari 2009-10.8 meter pada jam 6.00 petang
13 Januari 2009- 10.9meter pada jam 7.00 petang
14 Januari 2009- 10.8 meter pada jam 8.00 malam
(Perlu bersiap sedia antara jam 5.00 petang-10.00 malam

Sehubungan itu, diperingkat Jabatan Penerangan, Pegawai Penerangan Bahagian dan Daerah dikehendaki mengarahkan unit-unit bergerak bersiap-sedia untuk membantu Jawatankuasa Banjir Bahagian dan Daerah di mana berkaitan.

Bahagian Sibu/Mukah, Kapit, Sarikei, Miri/Bintulu diminta bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang akan turun dalam sehari dua.

Edarkan risalah-risalah berkenaan panduan langkah menghadapi banjir kepada orang ramai khususnya di pusat-pusat permindahan

Sekian, untuk makluman

Palestin kena lagi..........

Israel dibawah rejim zionist semakin ligat mengebom Palestin tidak kira mangsa (Orang awam, kanak-kanak) asalkan misi mereka tercapai. Mereka memang bertekad untuk menghancur bumi Palestin sehingga menjadi "padang jarak padang terkukur" dan kalau boleh semua keturunan Palestin cuba dihapuskan dari muka bumi ini.

Tindakan ini seolah-oleh seperti yang telah dilakukan oleh tentera Nazi semasa pemerintahan Hitler perang dunia kedua dulu iaitu menghapuskan golongan yahudi dari muka bumi ini.

SIkap angkuh rejim Zionist ini sehingga pelan gencatan senjata yang dicadangan oleh PBB tidak diendahkan sama sekali, seolah-olah mereka tidak takut sama sekali dengan suara penduduk dunia yang diwakili oleh PBB. Mereka beranggapan bahawa tiada kuasa yang lebih kuat daripada mereka dan ada kuasa besar yang menyokong serta merestui tindakan mereka ini.

Kutukan demi kutukan yang disuarakan oleh masyarakat dunia tidak dipedulikan dan mereka semakin berani mencerobohi bumi palestin dengan detuman-dentuman bom sehingga membunuh rakyat yang tidak berdosa. Beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa terbunuh hasil daripada serangan-serangan rejim Zionist terhadap Palestin.

Ekoran daripada ini, Rakyat Malaysia yang perihatin terhadap nasib rakyat palestin (Gaza) juga giat berkempen dengan melumpuhkan ekonomi Israel, antaranya memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya. kempen seumpama jikalau dilaksanakan sudah semestinya ekonomi Israel dapat dilumpuhkan dan sudah pasti kekuatan tentera rejim Zionist akan tergugat.

Kita mesti tunjukkan kepada dunia bahawa negara sekecil Malaysia mampu bersatuhati menentang salah laku Israel yang semakin kurang ajar dan perlu diajar. Tetapi jika kempen ini sekadar dilaungkan dan tiada "action" daripada kita, sia-sia sahajalah kempen tersebut.

Untuk pengetahuan kita bahawa sejumlah keuntungan Produk keluaran mereka yang membanjiri pasaran kita dikatakan di beri untuk membiayai tentera Israel dalam melaksanakan misi mereka di bumi Palestin. Semakin hari semakin bertambah dana yang dikumpulkan untuk memperkuatkan lagi tentera Zionist dan semua perbelanjaan ini datangnya daripada kita sebagai pengguna produk tersebut. Oleh itu, kita sedikit sebanyak menyumbang dan menyokong keganasan di bumi Palestin.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam seharusnya menyahut cabaran untuk memboikot produk keluaran negara tersebut agar kempen tersebut berjaya. Kita cuma tidak membeli barangan keluaran mereka dan beralih kepada produk lain. Jika kita dah sebati dengan barangan mereka cubalah sedaya upaya mengubah pendirian kita dan anggaplah ini sebagai sumbangan kita membantu mangsa yang teraniaya oleh rejim Israel.

Kempen seumpama ini janganlah berhenti apabila isu ini selesai, tetapi diteruskan sampai bila-bila supaya Israel sedar tentang tingkah laku mereka selama ini. Kita sebagai pengguna juga mesti berazam agar memboikot barangan negara tersebut sehingga akhir hayat kita barulah misi kita akan tercapai.

Akhir kalam, sama-samalah kita berusaha demi keamanan sejagat dan bukannya kita membenci tetapi kita membenci terhadap sikap tidak perikemanusiaan mereka.