Thursday, February 05, 2009

Pegawai Kerajaan boleh tuntut bayaran "parking"..

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
Tan Sri Ismail Adam
Kakitangan awam kini boleh menuntut bayaran balik letak kereta sehingga maksimum RM90 sebulan berkuatkuasa 1 Feb 2009.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan berhubung pindaan kadar bayaran balik letak kereta, bayaran balik letak kereta diberi kepada pegawai perkhidmatan awam yang perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kerta di pejabat masing-masing.
Kadar baru bayaran balik letak kereta adalah berdasarkan kadar sebenar atau maksimum RM90 sebulan mengikut mana yang lebih rendah, menurut pekeliling itu.
Sebelum ini, berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan 4/1992, pegawai awam boleh mengemukakan had maksimum tuntutan bayaran balik letak kereta tidak melebihi RM30 sebulan. (Sumber:- Utusan Malaysia Online 5 Februari 2009)
Seronok... lah, tidak perlu keluar duit poket sendiri untuk berurusan di luar atas urusan rasmi dan juga untuk meletak kereta di pejabat.
Kalau dulu, kakitangan awam terpaksa 'parking' di tempat yang tidak sepatutnya 'parking' kerana untuk mengelak bayaran tersebut.
Kalau meletak kenderaan satu jam tak pe lah.... ini berjam-jam mana tahan poket.... justeru dengan pengumuman ini, terima kasih kepada kerajaan kerana perihatian terhadap masalah kakitangan awam.........
Harapan kita agar kemudahan ini dipanjangkan kepada semua peringkat dan gred kakitangan Awam di seluruh negara

No comments: