Tuesday, February 03, 2009

DR GEORGE CHAN AKAN BERUNDUR



Dr George Chan

YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr.George Chan telah mengumumkan tidak berhasrat untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN N63 Piasau ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat parti SUPP baru-baru ini.

Beliau juga memberitahu setakat ini beberapa pemimpin muda telah dikenalpasti untuk menggantikan tempat beliau sebagai ADUN Piasau pada pilihanraya negeri akan datang

Sikap sebegini haruslah ditauladani oleh pemimpin-pemimpin lain dalam parti politik agar orang lain dapat turut serta menyumbang idea dalam parti demi kesejahteraan negara dan parti amnya.

Hasrat sebegini membuka dimensi baru dalam Politik Sarawak khasnya parti SUPP agar lebih aktif dan disegani oleh parti-parti lain dalam komponen BN Sarawak.

Era sekarang memang memerlukan seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat dan sensitif terhadap isu-isu semasa dan dapat mengatasinya dengan segera tanpa menjejaskan individu-individu lain.
Semangat yang ditonjolkan oleh pemimpin SUPP ini haruslah dijadikan batu loncatan kepada generasi baru untuk sama-sama memajukan SUPPdemi kemakmuran dan kesejahteraan BN di Sarawak.
Kita tidak mahu krisis dalaman parti SUPP boleh menjejaskan prestasi BN Sarawak pada pilihanraya yang akan datang dan berharap keputusan ini akan memantapkan lagi jentera BN di peringkat akar umbi.

No comments: