Taman Tasik Sarikei memang sudah popular di kalangan penduduk-penduduk di Sarikei. Keindahan tempat dan pemandangan yang menyejukkan mata memandang menyebabkan ianya sesuai untuk merelakkan badan dan minda. Setiap petang orang ramai akan berkunjung tempat ini untuk berjoging, bersiar-siar dan juga menjamu selera. Bagi golongan ibubapa, mereka suka membawa anak-anak mereka ke sini kerana banyak kemudahan pemainan kanak-kanak disediakan. Di samping itu juga, kolam ditempat ini juga menarik, ramai pengunjung akan memberi ikan makan di kolam tersebut. Datang lah beramai-ramai ke taman ini, pasti tidak mengecewakan anda......................
1 comment:
ermmm...s'lain taman tasik sarikei ni..apa lg tmpt best yg ada d sarikei erk?
Post a Comment