Tuesday, May 22, 2012
Saya Tak Bertanding Dalam PRU-13, Tegas Wardina
Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Menurutnya, bukan saja tidak bertanding, dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana yang digembar-gemburkan.
” Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.
” Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Beliau turut mengulas bahawa jangan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang mengaitkan nama beliau secara semberono.
Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya.
Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya.
Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya.
Oleh: HARITS ASYRAF
Anwar, Azmin, Cikgu Bard Mengaku Tidak Bersalah
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard sebentar tadi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Tuduhan kerana bersubahat mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh majistret dibacakan satu persatu terhadap Anwar, Azmin dan Cikgu Bard manakala dakwaan kerana terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu dibacakan serentak ke atas ketiga-tiga individu berkenaan.
Anwar mengaku tidak bersalah dan berkata, kes itu hanya membuang masa mahkamah.
Azmin dan Cikgu Bard juga mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan berkenaan.
Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 2 Julai depan. – Berita Harian Online
Isu Bunting Pelamin: Jangan Suka Buat Cerita Bukan-Bukan, Kata Fasha
Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah “projek” di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin’ baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.
“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?
“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.
Monday, May 21, 2012
BERSIH 3.0: Anwar, Azmin, Chegubard Didakwa Esok
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.
Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.
Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.
Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.
Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.
Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.
Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.
Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar – Ibrahim Yaacob – mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang.
“Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya,” katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini.
Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).
“Kita akan jumpa mereka di mahkamah…,” tegas Ibrahim
Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.
Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.
Abby Bukan Hendak Join PAS, Sekadar Kongsi Pengalaman
Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi mengesahkan bahawa kemunculannya di Abby memberi ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai parti itu.
Melalui akaun twitter miliknya, Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak-pihak yang memusing cerita sebenar dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi.
Abby menafikan pekara itu dengan sekeras-kerasnya.
Sebalik, Abby menjelaskan, dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik.
Thursday, May 17, 2012
DUGAAN
Keamanan dan kedamaian adalah merupakan harta yang paling berharga sekali jika dibandingkan dengan emas dan pertama. Patutkan segala usaha ini dimusnahkan oleh perasaan yang angkuh oleh segelintir masyarakat yang tamak kuasa.
Friday, April 20, 2012
Kekalkan Keamanan
Malaysia sememangnya aman dari dulu sehingga sekarang. Ini semuanya berkat keikhlasan pemimpin kita yang dulu hingga sekarang. Apa lagi kita mahu? Jangan libatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjejaskan keamanan negara kita. Kekalkan nya untuk ditinggalkan kepada anak cucu kita.
Thursday, April 19, 2012
Berilah Peluang
Di bawah pimpinan Najib Razak banyak perubahan dan pembangunan telah dicanangkan dan dilaksanakan. Saya percaya pada PRU kali ini BN akan mampu meraih kemenangan dengan majoriti dua pertiga. Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya memberi peluang kepada Najib untuk membangun Malaysia ke arah kegemilangan.
Friday, April 06, 2012
BRIM
Apakah pandangan anda tentang BRIM
BRIM adalah bantuan kerajaan untuk meringankan bebanan golongan yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Pemberian ini bukanlah sesuatu bantuan untuk mengabur mata rakyat tetapi pemberian yang ikhlas oleh kerajaan. Kerajaan sepatutnya membantu rakyat kerana tanpa rakyat kerajaan tidak ujud. Pihak yang membangkang sengaja menambah citer kononnya pemberian tersebut rasuah. Itu lah pandangan mereka, bagi rakyat mereka mengucapkan terima kasih kerana prihatin dengan masalah mereka.

Monday, February 07, 2011
Arsenal alami gangguan psikologi
NEWCASTLE - Arsene Wenger mengakui Arsenal mungkin akan mengalami gangguan psikologi selepas mencatat keputusan dahsyat ekoran seri 4-4 dengan Newcastle biarpun mendahului 4-0 pada separuh masa pertama, kelmarin.
MU tidak lagi kebal
Sunday, February 06, 2011
Murid Tahun Enam lemas dihanyut arus
2011/02/06
SEGAMAT: Hasrat seorang murid Tahun Enam membantu keluarganya membersihkan pakaian dan peralatan rumah yang kotor akibat banjir, berakhir tragedi apabila dia dihanyutkan arus deras ketika membasuh di Sungai Segamat Kecil, di sini tengah hari kelmarin.
Mangsa kelima korban banjir di Johor itu, Siti Aishah Shahril, 12, dari Kampung Paya Luas, di sini meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, selepas 12 jam dimasukkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika mangsa bersama 10 ahli keluarganya sedang membasuh pakaian di sungai itu kerana rumah mereka terputus bekalan air sejak seminggu lalu akibat banjir.
"Ketika itu mangsa bersama dua sepupunya yang sebaya berada dalam sungai sebelum secara tiba-tiba mereka dihanyutkan arus dan tenggelam. Bapa saudara mereka berjaya menyelamatkan dua sepupu mangsa, namun Siti Aishah tidak sempat diselamatkan apabila tenggelam kira-kira 10 minit.
"Orang awam yang tampil membantu berjaya mengesan mangsa di dasar sungai terbabit sebelum dia dibawa naik ke tebing dan dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Segamat, tetapi meninggal dunia ketika dalam rawatan," katanya.
Abdul Majid berkata, mangsa meninggal dunia akibat kerosakan organ dalamannya dipercayai akibat tertelan banyak air ketika tenggelam dalam sungai terbabit.
Kematian mangsa menjadikan jumlah korban akibat banjir di negeri ini lima orang dalam tempoh seminggu dengan empat kejadian sebelum ini membabitkan dua wanita dan dua lelaki dalam empat kejadian berasingan di Segamat dan Kulaijaya.

Saturday, February 05, 2011
7 maut dalam nahas pesawat di Iraq
05/02/2011 2:25am
SULAIMANIYAH, Iraq 5 Feb. - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut apabila sebuah jet persendirian terhempas sebaik sahaja berlepas di bandar raya Sulaimaniyah, di utara negara ini, semalam.
Seorang pegawai lapangan terbang berkata, tiga daripada mangsa yang maut ialah kakitangan penerbangan, sementara empat yang lain terdiri daripada juruteknik. - AF

Pejabat Al Jazeera di Kaherah dibakar
05/02/2011 2:57am
DUBAI 5 Feb. - Stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar mendakwa pejabatnya di Kaherah telah dibakar dan dimusnahkan oleh 'kumpulan samseng'.
Saluran berita itu yang diarah menghentikan operasinya awal minggu ini di Mesir, menuduh pihak berkuasa Mesir atau kumpulan penyokongnya cuba menghalang rangkaian itu daripada membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut.
"Rangkaian Al Jazeera telah melaporkan bahawa pejabat mereka di Kaherah telah diserang oleh kumpulan samseng. Pejabat itu dibakar bersama-sama dengan kelengkapan di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan. - REUTERS

Friday, February 04, 2011
Mesir terus bergolak

KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.
Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.
Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.
Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.
“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.
Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.
“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.
Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.
Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.
Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.
Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.
“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi
Dengan-klik.com
PENGENALAN
Dengan-klik.com adalah satu peluang menambah pendapatan secara sambi;lan Program ini dilancarkan pada 1hb Januari 2011 sebagai medium menambah pendapatan .Tujuan kami mewujudkan program ini adalah untuk membantu menambahkan lagi koleksi pendapatan anda.
Untuk makluman anda juga, mereka yang menyertai dengan-klik.com adalah mereka yang benar benar berminat dan mampu berusaha. Siapa yang pandai merebut peluang merekalah yang akan berada dalam program kami. Kami tidak mementingkan kuantiti ahli , tetapi kualiti ahli yang kami perlukan.
Tahniah kepada yang telah berjaya menjadi yang terawal dan sokongan anda adalah amat diperlukan. Diharap dengan penyertaan anda, sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan sampingan anda.
Akhir sekali, dengan sokongan anda dengan-klik.com akan terus berjaya di masa hadapan.
Ikhlas daripada :
Admin dengan-klik.com
http://www.dengan-klik.com/?id=AZILIA2009

Shabery turun padang di Ranau
KEMAMAN – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat untuk meninjau Kompleks Sukan Ranau di Sabah, ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di kompleks tersebut.
Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh Kementerian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).
Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.
“Saya difahamkan KOAM buat taklimat kepada Kementerian semuanya telah selesai... tetapi saya dengar laporan yang bercanggah, namun saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar.
“Oleh itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, semalam.
Beliau mengulas laporan berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau.
Ahmad Shabery berkata, sekiranya kemudahan di kompleks tersebut belum siap sepenuhnya, kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.
Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepenuhnya pada April ini. – Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)