Sunday, February 01, 2009

TAMBANG BAS AKAN NAIK LA..............

Pengguna pengangkutan awam di seluruh negara mungkin terpaksa membayar tambang lebih tinggi mulai April ini, berikutan keputusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang pada dasarnya bersetuju meluluskan kenaikan 30 peratus surcaj tambang oleh pengusaha sektor berkenaan.

Keputusan itu dicapai hasil pertemuan antara pihak kementerian dengan lebih 200 wakil pengusaha pengangkutan awam, minggu lalu.
Berikutan itu, lebih 8,000 pengusaha bas sekolah yang sebelum ini mengancam untuk membekukan perkhidmatan mereka selama dua minggu bermula Isnin ini jika tuntutan untuk menaikkan tambang tidak dipenuhi, bersetuju untuk membatalkan hasrat mereka.
(Sumber : Berita Harian Online 1 Februari 2009)

Berikutan dengan ura-ura untuk menaikkan tambang bas, orang ramai khasnya pengguna berasa tidak senang hati dengan keputusan tersebut.

Kenaikkan tambang bas akan membebankan mereka berikutan harga-harga barang keperluan tidak stabil di pasaran buat masa sekarang. Kadar harga berbeza di antara sebuah kedai dengan kedai yang lain.

Mereka juga keliru dengan hal ini, sedangkan kerajaan telah menurunkan harga petrol beberapa kali pada tahun lepas(2008) tetapi masih juga tidak mencukupi bagi setengah-setengah pihak.

Penurunan harga petrol yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan tidak memberi kesan kepada penurunan kos-kos produk lain dan dimanakah silapnya.

Kalau kita tinjau di semua tempat di seluruh negara ini, isu yang sering ditimbulkan adalah harga barang-barang keperluan naik tidak menentu. Jika tambang pengangkutan juga naik seperti Bas maka bertambah parahlah pengguna khasnya kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan bas.

Kerajaan haruslah bertindak lebih tegas dan jangan cepat melatah dengan tuntutan mana-mana pihak. Cadangan untuk menaikkan harga sesuatu produk atau perkhidmatan hendaklah dikaji dengan lebih teliti dan memerlukan kajian yang menyeluruh dari segenap sudut.

No comments: