Wednesday, December 31, 2008

Azam baru lagi lah nie....

Esok kita akan menyambut tahun baru iaitu 2009, tinggalkan tahun 2008 dalam lipatan sejarah masing-masing. Cerita suka duka sepanjang tahun 2008 menjadi sejarah buat kita dan akan kita ceritakan kepada anak-anak kita atau cucu-cucu kita kelak.

Peliknya... bila tiba sahaja tahun baru...ada lah azam baru walaupun azam tahun lepas tidak dapat ditunaikan. Ini adalah sikap biasa insan yang digelar manusia hangat-hangat tahi ayam sahaja. Pada awal bulan tahun baru memang kita dah set di minda kita bahawa saya akan patuh dengan azam baru... tapi abuk pun tidak.... belum sahaja sampai dua bulan dalam tahun baru.. azam baru pergi entah kemana.

Ini bukan berlaku kepada orang lain, tetapi berlaku kepada saya sendiri, saya sendiri merasa bahawa apabila tiba sahaja tahun baru timbul lah niat nak mengubah perangai diri sendiri seperti berhenti merokoklah, bekerja dengan lebih tekunlah dan macam-macam lagi.

Kata oranglah, bukan saya kata... kalau kita nak berazam janganlah buat azam banyak-banyak, kita harus buat perancangan, pada tahun ini azam macam ni, pada tahun depan azam gitu pulak, baharulah berjaya. Ini tidak..., semua nak dibelasah habis... nasib lah kau labu....

Kalau kita cerita tentang azam, memang manusia mempunyai azam walaupun pada zahirnya mereka malu nak menyatakannya... tapi ini sudah menjadi lumrah dan adat resam manusia..

Azam baru adalah suatu perkara yang positif dan seharusnya ada pada setiap individu, jikalau seseorang itu tidak mempunyai azam kosonglah kehidupannya. Ianya juga merupakan wawasan kita atau perancangan kita untuk mengurus serta meniti kehidupan kita dalam tahun yang kita lalui ini.

Kalau tiba sahaja tahun baru, yang sedih para ibu-bapa, sedang mengira bajet dalam poket mereka... bukan apa, anak nak pi sekolah, jika seorang ok lagi, jika dua orang masih ok, jika tiga ke empat orang alamat nak mampus, dimana nak korek duit.....

Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengkaji kaedah pembayaran di sekolah-sekolah yang dianggap melampau-lampau... dengan berbagai caj yang dikenakan semasa mendaftar anak-anak.

Pada tahun ini... saya dengar cerita yuran-yuran ini ... bulan enam nanti baru kira... kira ok lah tidaklah kita kena bayar lampsum semasa daftar anak ke sekolah.

Selamat tahun baru 2009, nak azam apa tahun baru ini...................

No comments: