Wednesday, December 31, 2008

Keputusan PMR sudah keluar la....la...

Seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus daripada 472.060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 peratus pada tahun lepas dan 4.83 peratus pada 2006 (Utusan Borneo,31/12/2008)

Peningkatan ini boleh dikatakan amatlah baik dan bertambah baik dari tahun ke tahun. Ianya merupakan satu petanda bahawa sistem pendidikan kita dibawah pimpinan Dato Seri Hishamuddin mampu membawa Kementerian Pelajaran ke satu tahap yang boleh membanggakan. Terimakasih kepada Hishamuddin

Pelajar-pelajar kita tahun demi tahun semakin bijak dan mampu menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Para guru dan ibubapa adalah merupakan inspirasi kepada para pelajar diatas dorongan dan sokongan yang telah diberikan. Peranan ibubapa adalah amatlah penting untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pengajaran dan pembelajaran yang kondunsif dalam suasana yang aman dan damai.

Kemudahan-kemudahan seperti Sekolah, perpustakaan, kedai-kedai buku, CC, pusat tuisyen dan banyak lagi tempat yang boleh digunakan untuk akses maklumat adalah merupakan nadi utama bagi mengerakkan minda pelajar-pelajar kita dewasa ini. Semua kemudahan ini adalah merupakan aset bagi melahirkan pelajar kita cemerlang,gemilang dan terbilang dan perlu dikekalkan pada masa akan datang.

Kepelbagaian sistem komunikasi yang canggih seperti komputer riba, handphone adalah merupakan alat bagi melatih mereka berjinak-jinak dengan alam cyber. Ujudnya mainan cyber(Computer Games) merupakan penyumbang kepada kejayaan pelajar-pelajar kita memahami teknik penghafalan dan ulangkaji pelajaran dengan cekap.

Sistem pesanan ringkas (SMS) juga merupakan alat Komunikasi (Comunication tool) yang paling berkesan abad ini. Ianya boleh dijadikan alat untuk para pelajar kita bergerak lebih pantas sesuai dengan kehendak sms sekarang semuanya mahu pantas dan cepat. Minda (otak) anak-anak kita juga akan terikut sama bergerak pantas seiring dengan kepatasan teknolgi tersebut.

Oleh itu, tidak hairanlah keputusan para pelajar kita meningkat dari tahun ke tahun disebabkan akal atau minda mereka sudah bersedia berhadapan dengan soalan-soalan peperiksaan yang sukar dan mencabar akibat terdedahnya mereka dengan persekitaran masa kini.

No comments: