Wednesday, November 06, 2013
Polis rampas dadah RM14.6 juta di Jelutong
Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan
Friday, November 01, 2013
Kenderaan curi diseludup ke Pontianak, dihantar semula ke Sarawak
Penurunan drastik kegiatan lanun di Selat Melaka sejak 1999 - APMM
Kim Swee bawa Syahrul Azwari ke Phnom Penh
Piya terima ugutan bunuh
2,000 anggota polis bertugas pada final
FAM perangi 'ulat tiket'
Kerjasama dengan polis bendung kegiatan jual tiket di stadium, Ahad ini
Shah Alam: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melancarkan perang dan mengambil tindakan tegas terhadap 'ulat tiket' yang cuba menjual tiket final Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan di sekitar Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pegawai badan induk itu akan dikerah ke segenap stadium dan akan bekerjasama rapat dengan polis bagi mengesan kegiatan 'ulat tiket'.
Ikuti berita penuh kerancakan menjelang final Piala Malaysia dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Tuesday, October 22, 2013
Denda RM20,000 hina Sultan Johor
Lelaki didapati bersalah buat komen negatif di Facebook
Johor Bahru: Seorang juru ukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas didapati bersalah menggunakan laman sosial bagi menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Oktober tahun lalu.
Ahmad Abd Jalil, 28, yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana di sebuah institut pengajian tinggi, diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.
Keterangan tertuduh yang tidak pernah muat naik gambar, tidak menghantar SMS, tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook dan tidak mengenali Ibrahim Osman, penafian semata-mata” Muhammad Jamil Hussin, Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru
Dalam penghakimannya, Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh yang tidak pernah muat naik gambar, tidak menghantar SMS, tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook dan tidak mengenali Ibrahim Osman, penafian semata-mata.
Ahmad dituduh menggunakan aplikasi Facebook, http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 dengan nama profail ‘Zul Yahya’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi satu komen bersifat jelik.
Buat komen negatif
Dia dituduh membuat komen negatif terhadap Sultan Johor dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat pada jam 6 petang pada 10 Oktober 2012. Dia dituduh menggunakan laman sosial Facebook di alamat internet protokol 175.139.168.216 di RD Resources Sdn Bhd di Nombor 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur.
Ahmad didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Jika Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam prosiding semalam, peguam bela tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, merayu mahkamah supaya anak guamnya tidak dipenjara dan memohon dikenakan denda munasabah dengan alasan tertuduh sedang menyambung pengajian pada peringkat sarjana.
Beliau memberi alasan hukuman penjara boleh menjejaskan masa depan anak guamnya selain tertuduh mempunyai 10 adik beradik dan isteri yang sedang menuntut di universiti.
Kesalahan serius
Bagaimanapun, Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Norashikin Ibrahim, memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya kerana kesalahan menghina Sultan Johor adalah perkara serius.
Muhammad Jamil menjatuhkan hukuman itu dengan mengambil kira ia adalah kesalahan pertama tertuduh.
Keluarga tertuduh turut hadir dalam prosiding semalam, tetapi dia melarikan diri dan gambarnya tidak dapat dirakamkan.
'Dia adik yang baik, sering ambil berat hal keluarga' - Abang Noreen Noor
MELAKA: "Dia seorang adik yang baik dan sering mengambil berat mengenai keluarga. Kami terasa kehilangannya,' demikian kata Rosli Md Nor, 56, abang kepada Allahyarham Noreen Noor yang meninggal dunia pagi tadi.
Rosli berkata, berita kematian adiknya itu dimaklumkan jam 6 pagi tadi.
"Sejurus itu, kami memutuskan untuk mengebumikan jenazah di Kampung Pulai (Serkam, Melaka) selepas Zohor ini," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah adiknya itu.
Sementara itu, penduduk Kampung Pulai, Ibrahim Jebah, 66, Allahyarham Noreen seorang yang suka menderma.
"Sepanjang hidupnya, Allahyarham banyak membantu orang kampung yang miskin dan sakit.
"Setiap kali pulang ke kampung, ada saja duit ditinggalkan kepada saya untuk diagihkan kepada golongan berkenaan. Kami terhutang budi dengan Allahyaham. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya
Monday, June 03, 2013
Restoran 'hidang' gadis Vietnam diserbu
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgJZfA0QoLXRux0j0qGsguEiFWVvvRAlZK_zseLQQjCfaVdByCtH9DvaC5RJLvYsNNrViu7szVjwGcoHgNAHTYamK9R2a3TdwSdAQGNfdyfQs-DZT3davs5yIrrG_w9-7I9fNmX0Kv5JU/s320/gadis+vietnam.jpg)
Syarikat pembalakan sedia bantu apungkan bot karam
KUCHING 3 Jun - Sebuah syarikat pembalakan swasta bersedia untuk membantu mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, dekat Belaga, Sibu Selasa lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam pertemuan dengan beliau malam tadi.
Katanya, Ketua Menteri telah pun meminta sebuah syarikat pembalakan swasta yang mempunyai perkhidmatan jentolak dan kren bagi membantu usaha mengapungkan bot ekspres yang karam itu.
"Melalui usaha tersebut, kita berharap dua lagi mangsa yang masih hilang dan dipercayai terperangkap di dalam bot berkenaan dapat ditemui segera.
"Ketua Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak perlu menanggung sebarang kos dalam usaha mengapungkan bot berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130603/dn_23/Syarikat-pembalakan-sedia-bantu-apungkan-bot-karam#ixzz2V9CW5ZOq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, June 01, 2013
Polis kenal pasti
KUALA LUMPUR 31 Mei - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.
Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.
"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.
Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.
Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130601/po_01/Polis-kenal-pasti#ixzz2UvnX3v7R
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jangan percaya khabar angin
TELOK KEMANG 31 Mei - Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.
Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.
Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.
Katanya, sehingga hari ini, anggota keselamatan masih menjalankan kerja-kerja memantau keadaan di Sabah dan pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.
"Saya nasihatkan kepada orang ramai di kawasan terbabit supaya tidak mempercayai khabar angin itu kerana kita memantau menerusi kerjasama PDRM selain maklumat daripada perisikan," katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penutupan Summer Camp 2 Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional di Pusat Latihan Asas tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Zulkifeli mengulas khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram sekali lagi akan menceroboh Sandakan, Sabah dan beberapa kawasan lain di negeri itu bulan depan.
Menurut Zulkifeli, segala maklumat mengenai pergerakan pengganas adalah dalam radar pasukannya dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.
"Jika berlaku sesuatu kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan itu. Jadi penduduk yakinlah segala bentuk ancaman kita akan ketahui dan tidak perlu berasa bimbang," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_03/Jangan-percaya-khabar-angin#ixzz2Uvkwn0pr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rakyat perlu akur keputusan PRU-13
KUALA LUMPUR 31 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.
Sambil merakamkan tahniah kepada Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.
"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah Seri Paduka sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.
Seri Paduka bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."
"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.
"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.
"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong mengingatkan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Seri Paduka mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.
"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 September pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.
"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.
"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_02/Rakyat-perlu-akur-keputusan-PRU-13#ixzz2UvjAGXVb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jangan rosakkan kebolehpercayaan SPR hanya kerana kepentingan diri, kelompok
KUALA LUMPUR 1 Jun - Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar.
Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_20/Jangan-rosakkan-kebolehpercayaan-SPR-hanya-kerana-kepentingan-diri-kelompok#ixzz2UvhqtjyY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kerajaan BN payung kepada setiap rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.
Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.
Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan.
"Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia," tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_22/Kerajaan-BN-payung-kepada-setiap-rakyat-Malaysia#ixzz2Uvh5Cuym
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tingkat kualiti tadbir urus, integriti antara tumpuan baharu kerajaan
KUALA LUMPUR 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti merentas semua segmen merupakan antara bidang tumpuan baharu kerajaan.
Perdana menteri berkata selain itu, kerajaan akan memperhebatkan usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Najib berkata untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan menyeluruh.
"Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya umumkan dalam masa terdekat," katanya ketika menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_23/Tingkat-kualiti-tadbir-urus-integriti-antara-tumpuan-baharu-kerajaan#ixzz2UvgIjNS1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)